JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lama lagi untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti yang amat tipis dengan hanya satu kerusi yang boleh membuatkan kerajaan negeri dikhuatiri bertambah tidak stabil.
"Saya sedang memantau keadaan apabila berlakunya keadaan sedemikian dengan kematian Datuk Osman Sapian (yang merupakan) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, menjadikan (kerajaan negeri) Johor tinggal satu majoriti (kerusi) sahaja.
"Maka itu, perlu saya memahami reaksi khususnya kalangan parti-parti yang bergabung untuk menubuhkan kerajaan kerana kami telah bersetuju pada 6 Jan ini, kami akan mengadakan sidang khas untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 berkenaan dengan pengundi berusia 18 tahun," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Sumbangan Bantuan Banjir Pemuda UMNO Johor dan Rakyat Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ura-ura mengenai pertemuan beliau dan Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.
Hasni yang juga ADUN Benut, bagaimanapun mengakui kemungkinan untuk mengadakan PRN itu sedikit berbeza memandangkan situasi politik di Johor yang sedikit unik berbanding negeri lain.
"Jadi kemungkinan untuk mengadakan PRN saya kira tidak boleh disandarkan sepertimana yang berlaku di Sarawak dan Melaka.
"Hal ini kerana Johor adalah negeri yang unik dan selama tempoh hampir dua tahun ini, kami telah pun menguruskan perjalanan dewan dan telah dapat gubal beberapa dasar dan atas dasar itu, sekiranya PRN ingin diadakan kami perlu melihat kepada kemungkinan-kemungkinan yang berada di lapangan," kata beliau, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.
Susulan kematian Osman pada 21 Dis lepas, kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi.
Terdahulu, Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat telah memaklumkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan susulan kekosongan kerusi DUN Kempas memandangkan kekosongan berlaku lebih tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Hasni berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri tidak lama lagi untuk memaklumkan tentang kedudukan kerajaan negeri yang ketika ini mempunyai majoriti yang amat tipis. - Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
PRN Johor: Beza haluan politik bukan halangan teruskan legasi bapa - Nornekman Osman
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.
Tiada PRK di DUN Kempas susulan pemergian Osman Sapian - Speaker
Ia berikutan kekosongan kerusi tersebut berlaku lebih daripada tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Osman Sapian
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia.
Pemergian Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Bersatu - Muhyiddin
Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemergian Osman kehilangan besar kepada Bersatu
ADUN Kempas itu merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.
Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor
Bersatu Johor dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga ADUN Kempas terbabit.
Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.
Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini semalam selepas diserang strok ringan.
Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok ( Khamis) hingga 22 Ogos depan.