Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk mewujudkan parti baharu menggantikan UMNO.
Anggota Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak akan menubuhkan parti baharu sebaliknya akan memperkuatkan kembali UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.
"Darah daging saya UMNO dan BN. Jika benam kepala saya dalam air, saya tetap dengan pendirian saya untuk terus perjuangkan UMNO dan BN.
"Pada pendapat saya, apa yang penting sekarang adalah kita selamatkan UMNO dan BN daripada wujudkan parti baharu," katanya sewaktu menjawab soalan pada 'Majlis Santai Bersama Datuk Seri Najib" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
BACA: Ini kata Najib kepada pengkhianat UMNO
Majlis kira-kira dua jam itu turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan kira-kira 2,000 rakan Facebook Najib.
Menurut bekas presiden UMNO itu, anggota parti seharusnya kembali melawan permainan persepsi, fitnah dan penipuan sehingga pengundi terpengaruh pada PRU14.
Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin UMNO seharusnya tidak perlu keluar parti dan menyertai parti lain hanya kerana tidak puas hati dengan apa yang berlaku ketika ini.
Jelasnya, pemimpin UMNO seharusnya mengenang jasa dan budi parti termasuk semangat setiakawan dan bukannya survival politik semata-mata.
"Tidak pasti jika pemimpin UMNO mahu meninggalkan parti. Jawapan saya: Selamat Tinggal. Kami akan tetap bersama UMNO. Dulu susah dia cari siapa.
"Kenanglah budi UMNO. Jangan bila UMNO susah terus hendak tinggalkan. Di mana nilai setiakawan? Kita patut setia dan berjuang dengan UMNO. Saya sendiri akan terus pertahankan UMNO," katanya.
Beliau berkata peletakan jawatannya sebagai presiden parti dibuat atas dasar tanggungjawab yang perlu dipikul seorang ketua namun perjuangan parti perlu diteruskan dan bukannya meninggalkan parti dan bertukar parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 03 2018
Jelas Najib, pemimpin UMNO seharusnya mengenang jasa dan budi parti termasuk semangat setiakawan dan bukannya survival politik semata-mata. - Gambar Fail/BERNAMA
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.