KOTA BHARU: Jawatankuasa Bahagian Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, keputusan pengantungan itu dibuat sejak sebulan lalu dan akan berkuat kuasa sehingga tarikh pengesahan pindaan pelembagaan parti terbabit disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Menurut beliau, situasi berbeza membabitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dengan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik walaupun kedua-duanya menyatakan sokongan kepada Anwar.
“Di Jeli ahli Parlimennya itu bukan daripada kepimpinan Bersatu, jadi tidak ada masalah.
“Berbeza dengan Ahli Parlimen Gua Musang kerana beliau ialah Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jamuan Berbuka Puasa Bersama Media di Perdana Kota Bharu, di sini pada Khamis.
Ujar Kamaruddin, secara peribadi beliau masih berhubungan baik dengan kedua-dua ahli Parlimen terbabit namun dalam konteks organisasi parti, mereka sudah tidak mewakili Perikatan Nasional.
Jelas beliau, berhubung dakwaan Mohd Azizi yang dibuang daripada kumpulan Whatapps juga ada kaitan dengan sokongan yang dibuat terhadap kerajaan.
“Kami sudah tidak yakin untuk mempercayai beliau kerana pengisytiharan sokongan terhadap kerajaan dan pimpinan parti lawan menyebabkan perkara-perkara strategi tidak boleh dibincangkan dalam kumpulan WhatApps itu.
“Beliau juga sudah tidak lagi berada dalam kelompok wakil rakyat Bersatu dan PN selain tidak boleh mengatakan mereka wakil dari PN,” katanya.
Sebelum ini, Bersatu meminda perlembagaan untuk melucutkan keahlian terhadap ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan (ADUN) dan Ahli Dewan Negeri yang menyokong pihak bertentangan atau musuh.
Pindaan dibuat selepas enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk Zahari dan Mohd Azizi yang juga ADUN Nenggiri menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 15 2024
Gambar dari kiri: Kamaruddin, Mohd Azizi dan Zahari. - Foto Sinar Harian
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.