Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh pemimpin pembangkang bukan sahaja menjejaskan kestabilan dan ekonomi negara malah boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin politk pembangkang lebih cenderung mengeluarkan kenyataan mengelirukan bertujuan memancing perhatian rakyat.
"Mereka buat kenyataan tidak berasas, malah sarat dengan fitnah dan tohmahan berniat jahat bagi memburukkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Pemimpin pembangkang menggunakan taktik kotor bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan sengaja memutarbelitkan pelbagai isu semasa.
"Taktik kotor sebegini boleh memberi implikasi negatif kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar termasuk mereka yang kurang terdedah dengan maklumat semasa," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mahu ahli politik perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kestabilan dan ekonomi negara.
Menerusi laman blog sskeruak.blogspot.my, Salleh berkata ahli politik perlu sentiasa meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, mengatasi perkara lain.
Menurut Syed Ali, taktik memutarbelitkan fakta dan mengeluarkan kenyataan berat sebelah sudah menjadi perkara lumrah dilakukan pembangkang.
"Walaupun faktanya benar, tetapi pembangkang sengaja membuat kenyataan mengelirukan malah ia merupakan pembohongan yang ketara.
"Sebelum ini pembangkang memutarbelitkan beberapa isu seperti isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), KWSP dan Lembaga Tabung Haji (TH).
"Mereka memberi gambaran buruk kepada rakyat seolah-olah ekonomi negara kini sudah tidak stabil. Ini semua serangan persespi dan fitnah yang sengaja dilakukan menari sokongan rakyat," tegasnya.
Dalam pada itu katanya, pembangkang terutama DAP dan PKR sengaja memberikan gambaran palsu menerusi laman-laman sosial mereka berkaitan beberapa isu untuk menjahanamkan kestabilan politik dan ekonomi negara.
"Saya amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Salleh, perbuatan pembangkang amat tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan pemimpin UMNO supaya meningkatkan gerak kerja di peringkat akar umbi sebagai persedian menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Walaupun jaraknya boleh dikatakan masih jauh, tetapi UMNO perlu bersiap siaga kerana sepanjang penantian (tempoh itu), pelbagai kemungkinan boleh berlaku," tegasnya.
"Pemimpin UMNO perlu lebih kerap berinteraksi dengan ahli-ahli termasuk golongan sasaran bagi mengekalkan keyakinan mereka terhadap keutuhan parti.
"Setelah melalui beberapa kemelut dan ranjau, UMNO perlu diperkuatkan semula dengan iltizam bahawa agenda memperkasakan rakyat dan membela nasib orang Melayu harus menjadi keutamaan," katanya.
Jelasnya, soal-soal remah temeh, hasutan kepentingan peribadi dan keluhan kekecewaan perlu diketepikan untuk memastikan perjuangan yang ikhlas selain rakyat terus terbela dan parti kekal relevan.
Astro Awani
Fri Feb 12 2016
SYED ALI: Pemimpin pembangkang menggunakan taktik kotor bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan sengaja memutarbelitkan pelbagai isu semasa.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
'Jangan terleka kenyataan mengelirukan pemimpin pembangkang' - Syed Ali
Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh pemimpin pembangkang bukan sahaja menjejaskan kestabilan dan ekonomi negara malah boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.