KOTA KINABALU: Parti pembangkang di negeri ini diingatkan agar tidak terlalu bermain politik sehingga mensabotaj usaha kerajaan negeri untuk membawa pembangunan serta mengatasi isu lama yang membelenggu negeri itu.
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan negeri diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus (GRS-PH Plus) sentiasa memberi fokus membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri.
Malah kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga memulakan tindakan untuk mengatasi masalah diwarisi daripada kerajaan terdahulu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu.
"Tanggungjawab parti pembangkang yang baik adalah memberi teguran membina kemajuan dan bukannya membuat tuduhan seolah-olah kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah penyelesaian," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Nizam berkata komitmen kerajaan GRS-PH Plus dalam membangun Sabah dapat dilihat menerusi projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon, Papar dan LRA Telibong II, Tuaran serta pembinaan empangan hidroelektrik di Ulu Padas, Tenom; selain menyediakan bantuan rumah mesra SMJ dan memperkasa modal insan antara lain dengan pemberian biasiswa pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024

NIZAM: Tanggungjawab parti pembangkang yang baik adalah memberi teguran membina kemajuan dan bukannya membuat tuduhan seolah-olah kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah penyelesaian. - Gambar fail/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Jangan terlalu berpolitik, sabotaj usaha kerajaan selesai isu rakyat Sabah
Nizam berkata kerajaan negeri diterajui GRS-PH Plus sentiasa memberi fokus membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri.

Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

MA63: Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah dalam rundingan, perbincangan bawah MTPMA63
Pelaksanaan sepenuhnya hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih dalam perbincangan dan pelaksanaan di bawah MTPMA63 persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

Belanjawan 2023 diharap dapat merapatkan jurang pembangunan tiga wilayah - Nizam
Nizam berkata, suntikan khas secara terus sebanyak RM6.5 bilion dari RM388.1 bilion Belanjawan 2023 berjaya menunjukkan peningkatan lebih 3 peratus berbanding tahun lalu.

Syarikat korporat, NGO disaran laksana CSR pendidikan di Sabah
Ini termasuk membekalkan bantuan dan kepakaran yang sekali gus dapat memperkasakan lagi pencapaian akademik khususnya untuk sekolah luar bandar.

Penduduk kampung di Tawau bantu tumpas jenayah rentas sempadan patut jadi contoh
Kesungguhan penduduk di tiga kampung pesisiran pantai di sini dalam membantu pasukan keselamatan menangani jenayah rentas sempadan patut dicontohi semua pihak.

Peruntukan bencana Sabah: Semak fakta sebelum ulas - Nizam
Peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan.

COVID-19: Kes meningkat, pusat kuarantin Tawau hampir penuh
Kes jangkitan baharu di daerah itu terus meningkat dan merupakan yang tertinggi di negeri Sabah.

Cadangan bantuan wang tunai untuk penduduk Sabah terlibat PKPD
Cadangan pemberian wang tunai sekali beri kepada penduduk terjejas di lokaliti PKPD di negeri ini akan dikemukakan ke peringkat atasan.