Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota parti itu supaya tidak memandang rendah parti lawan terutama yang dipimpin bekas pemimpin kanan UMNO.
Najib yang juga perdana menteri berkata walaupun penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin berkenaan tidak menampakkan satu gelombang sokongan yang ketara, namun UMNO perlu berusaha sedaya upaya mengekalkan kuasa yang ada padanya.
"Saya melihat bahawa kalau kita kaji fenomena bila PKR ditubuhkan, (susulan) Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada UMNO, kita lihat masa itu gelombang itu lebih ketara daripada apa yang berlaku pada hari ini.
"Kesannya tak sama, tetapi saya sedar bahawa di mana kawasan Bahagian atau Parlimen, mesti ada orang yang tidak puas hati atas sebab-sebab tertentu, tak dapat apa yang dia hendak sebagainya, kecewa, jadi mereka cuba kumpul, kutip orang seperti ini, untuk masuk dalam parti mereka untuk menentang kita, itu saya sedar," katanya.
Ketika memberi ingatan itu pada program soal jawab khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini Isnin, Najib bagaimanapun menegaskan bahawa peringatan itu bukan bermakna parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu berasa takut dengan parti lawannya.
"Bukan kita takut pada mereka, lain dengan soal takut, tetapi kita jangan under-rate (pandang rendah) mereka dan kita mesti melakukan apa yang patut kita lakukan untuk mengekalkan kekuasaan yang ada pada kita," katanya.
Mengenai impak gabungan Pakatan Harapan dengan parti baharu terhadap BN, Najib berkata rakyat perlu membuat penilaian dan pilihan antara BN yang ditunjangi UMNO dan pembangkang diketuai DAP.
"Rakyat mesti tahu apa dia dasar DAP, dasar perjuangan, pendirian DAP... sudah tentu mereka akan cuba melenyapkan agenda Bumiputera umpamanya.
"Mereka tidak akan menyokong apa-apa yang bersangkut paut dengan agenda Bumiputera. Itu satu hakikat, soal kedudukan Islam umpamanya, kita nak membangunkan Islam, kita nak meninggikan syiar Islam. Apakah pendirian DAP dalam hal ini?" katanya.
Ditanya mengenai UMNO yang dikaitkan dengan isu perjuangan kaum Melayu dan agama Islam, Najib berkata rakyat perlu melihat dasar UMNO secara keseluruhan yang mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), progresif dan membawa transformasi dalam sistem negara.
Katanya rakyat juga tidak seharusnya menilai UMNO daripada perbuatan segelintir anggotanya yang bertindak ekstrem dalam memperjuangkan sesuatu perkara.
"Apa yang mereka lakukan kalau mereka tidak senang hati, itu bukan UMNO sebab itu tindakan individu ataupun kumpulan yang kecil," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 29 2016

Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin berkenaan tidak menampakkan satu gelombang sokongan yang ketara, namun UMNO perlu berusaha sedaya upaya mengekalkan kuasa yang ada padanya. - Foto fail Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.