Anggota UMNO diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu antara formula '5K' yang digariskan Presiden UMNO dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.
"K pertama ialah khianat...kalau nak menang selesa...jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau condemn parti.
"Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan." kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.
Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Merujuk kepada 'kapal' sebagai 'K' kedua, Najib menekankan pentingnya anggota parti tidak bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menebuk kapal sendiri, iaitu parti UMNO.
"Jangan ada yang sanggup korek kapal sendiri sehingga orang lain mati lemas...nanti bila PRU kita kalah," katanya.
Memperkatakan tentang kisah lama pelayaran Ferdinand Magellan dan pembantunya panglima Awang mengelilingi dunia, Najib berkata beliau yakin kejayaan misi mereka terletak kepada persefahaman antara kedua-duanya.
"Saya percaya Magellan dan Awang pun ada berbalah, tetapi anak kapal tak dapat hidu, jadi akhirnya mereka berjaya mencapai misi.
"Begitu juga dalam UMNO. Perbezaan pendapat itu pasti ada tapi kita harus jaga adab, jangan sampai mengaibkan orang lain, baru UMNO boleh berjaya," jelasnya.
Mengulas tentang 'K' seterusnya, Najib berkata kerja kuat dalam kalangan anggota UMNO dan bergerak sebagai satu pasukan merupakan faktor penting, selain memastikan wujud jalinan kerjasama erat - 'K' keempat - antara kerajaan pusat dan negeri.
"Semangat setiakawan itu perlu sentiasa ada, senang susah kita kena saling bantu membantu," katanya yang secara berseloroh mengakui "tidak menyedari" telah meluluskan kira-kira RM3 bilion kepada Terengganu untuk membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri ini.
Kata Najib, elemen terakhir merujuk kepada kompetensi anggota parti, khususnya yang mahu diletakkan sebagai calon parti.
"Jika nak ketengahkan orang (sebagai calon pilihan raya), mesti yang ada kompetensi atau kebolehan.
"Ini antara 'K' yang kita boleh pakai dan jika diamalkan saya yakin UMNO boleh berjaya," katanya.
Najib berkata walaupun UMNO diakui sebagai parti terkuat dan banyak jasanya di negara ini, namun ia tetap berdepan dugaan.
Atas faktor itu, katanya, setiap anggota UMNO perlu memperkuatkan iltizam dan semangat untuk mendokong perjuangan parti walau dalam apa jua keadaan.
"Selepas badai mungkin ada pelangi," katanya dengan disambut tepukan anggota perwakilan yang hadir.
Bernama
Sat Aug 22 2015
NAJIB: Kerja kuat dalam kalangan anggota UMNO dan bergerak sebagai satu pasukan merupakan faktor penting.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Jangan khianat antara formula 5 'K' kejayaan UMNO - PM Najib
Anggota UMNO diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.