Ahli PKR yang cuba menjadi penghasut agar parti keluar dari Pakatan Rakyat (PR) disifatkan menjadi 'musuh dalam selimut' yang menjadi punca pergolakan di dalam parti.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, golongan ini dilihat tidak mempunyai semangat tokoh terdahulu parti dalam perjuangan membela rakyat.
"Apa gunanya berjuang jika tidak menjaga keutuhan sesama kita di dalam PR.
"Pemimpin terdahulu yang jauh lebih luas pengalaman dalam politik sudah lama memberi teladan tentang kepentingan bersama dalam satu pakatan yang kuat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di sini.
Persidangan Kongres AMK diadakan di Dewan Bankuet, Wisma MBSA sementara persidangan Kongres Wanita bertempat di Stadium Malawati.
Kongres PKR ke-10 hari ini dimulakan dengan Kongres AMK dan juga Wanita Keadilan dan akan diikuti oleh Kongres Pimpinan Pusat pada Sabtu dan Ahad.
Katanya yang juga juga naib presiden PKR yang baru, setiap ahli perlu menyemai sikap tawaduk dan merendah diri untuk mengakui hakikat dan membuat pengubahsuaian.
Jelasnya, ia menuntut tahap keberanian dan disiplin yang tinggi selain menyifatkan tidak ada kebaikan dalam mempertahankan sesuatu hanya semata-mata kerana ego dan bersikap keras tanpa ruang untuk tolak ansur.
"Hakikatnya kita perlu sentiasa ingat bahawa semua kita di dalam parti ini dan parti-parti rakan adalah saudara. Kita bukan musuh. Mungkin ada perbezaan dan persaingan di antara kita, tetapi kita tidak boleh membiarkan wujud permusuhan di antara kita.
"Kita perlu pada setiap masa jelas siapa sebenarnya musuh politik kita. Jangan dibiarkan semangat lawan tetap lawan yang marak di dalam jiwa dihalakan kepada saudara kita sendiri. Jangan sesekali apabila kita tidak bersetuju, maka kita menggerakkan penyokong untuk mengadakan demonstrasi dan memaki hamun pemimpin dan anggota parti yang lain," ujarnya.
Sementara itu, Shamsul turut menyelit permintaan kepada PKR untuk mempertimbangkan calon daripada sayap parti itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Pada Rabu, ADUN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou.
Allahyarham merupakan ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua UMNO bahagian Tumpat selama empat penggal.
Dalam pada itu, Kongres AMK yang sarat dengan agenda antaranya ucapan dasar Ketua AMK dan perbahasan usul dijadual berakhir pada 6 petang.
Wan Syamsul Amly
Fri Aug 22 2014
![Jangan jadi 'musuh dalam selimut' PKR - Shamsul Jangan jadi 'musuh dalam selimut' PKR - Shamsul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/41408691266_295x200.jpg)
Jangan jadi 'musuh dalam selimut' PKR kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (bawah tengah) - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708649330_AdamAdli.jpg)
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
!['Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO 'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707039120_TBAKMALSALEH.jpg)
'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
![Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707029995_TBAMK.jpg)
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.
![AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705585480_AMK.jpg)
AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.
![Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700989719_TBKETUAMAK.jpg)
Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.
![Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700915996_TBAMELIA.jpg)
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
![AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667815464_TBradzi.jpg)
AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
![AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695137137_MuhammadIzuan.jpg)
AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686046343_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.
![Kesiapsiagaan jentera AMK capai 60 peratus untuk PRN - Adam Adli Kesiapsiagaan jentera AMK capai 60 peratus untuk PRN - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658034055_AdamAdli.jpg)
Kesiapsiagaan jentera AMK capai 60 peratus untuk PRN - Adam Adli
Ketua AMK Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya juga bersedia dan tiada masalah untuk bekerjasama dengan sayap pemuda daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO, MCA dan MIC.