Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pakatan pembangkang yang cenderung mengaitkan dirinya dengan pelbagai isu negatif yang berlaku dalam negara.
Presiden UMNO itu berkata beliau dihempap dengan pelbagai kesalahan dengan cerita yang sengaja direka-reka oleh pembangkang untuk menghasut rakyat, termasuk dikaitkan dengan beberapa kes pembunuhan.
"Orang yang saya tak kenal, Altantuya (Shariibuu) pun dia kata saya terlibat. Kalau saya terlibat, tak payah tunggu polis, isteri saya dah buat sesuatu dah. Walaupun saya dah bersumpah dalam masjid, bangkit lagi cerita, tetapi tiada bukti langsung.
"(Kes pembunuhan) Kevin Morais pun kata saya terlibat. Cerita cincin lagi. Selepas itu, dia kata dia bergurau, tetapi bak kata orang putih, 'the damage is done' (kerosakan telah berlaku)," katanya ketika menggulung perbahasan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
LAPOR LANGSUNG Perhimpunan Agung UMNO 2016 (Hari Akhir)
Model Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh pada 2006 manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram dan disimen pada 4 Sept 2015.
Beliau juga mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir yang sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), seolah-olah syarikat itu langsung tiada sumbangan kepada negara.
"Isu 1MDB dia kata rugi RM42 bilion, lepas itu dia kata RM27 bilion. Sekarang dah terjawab (isu itu), dia senyap pula. Tetapi jasa 1MDB, setiap tahun 1,200 imam dan ketua kampung naik haji. Ada juga jasanya. Kalau ada kelemahan, kalau salah, akan dibetulkan," jelas beliau.
Beliau turut mencabar bekas perdana menteri itu untuk menyaman seorang penulis, Barry Wain yang menulis buku bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' mengenai penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahannya selama 22 tahun.
"Zaman Dr Mahathir lagi banyak cerita. Cerita IPP (penjana tenaga bebas), cerita tol, Penswastaan Malaysia Airlines, Perwaja, Forex. Saya tahu cerita.
"Dalam buku dia (Wain), ada RM100 bilion ketirisan. Kalau tak betul, saman la Barry Wain. Kalau bab saya, suruh saman. Kalau bab dia, tak saman," katanya.
Najib juga mencabar Dr Mahathir, sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengadakan konvensyen parti baharunya, bagi melihat sama ada perwakilan parti itu mampu memenuhi dewan seperti yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 03 2016

PM Najib juga mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir yang sengaja mengadakan-adakan cerita mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto Astro AWANI / Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.