Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana pemimpin politik dikhuatiri akan memberi kesan kurang baik kepada generasi muda hari ini.
Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras itu bimbang perbuatan menghina dan mengaibkan sesama pemimpin terutama membabitkan pemimpin Melayu akan menjadi budaya politik negara ini di masa akan datang.
"Isu-isu peribadi tidak sepatutnya dijadikan modal untuk mengaibkan mana-mana pemimpin, sebaliknya gunakanlah kebijaksanaan memenangi hati rakyat dengan fakta yang rasional dan boleh diterima umum," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Jelas beliau, membuka aib seseorang atau menyebarkan berita berunsur fitnah untuk secara jelas berniat memburukkan orang lain adalah amat dilarang oleh ajaran Islam.
"Pemimpin politik pembangkang termasuk bekas pemimpin UMNO perlu menghentikan perbuatan mencari silap orang lain dan lebih gemar bermain dengan persepsi.
"Persespsi atau andaian lazimnya akan bersandarkan kepada berburuk sangka dan oleh sebab itu, apa juga dilakukan parti pemerintah akan dinafikan kebaikannya," ujar beliau.
Sewajarnya jelas Syed Ali, pemimpin politik memberi tumpuan kepada isu-isu yang boleh menyumbang kepada aspek pembangunan negara dan rakyat secara keseluruahnnya.
"Mereka (pemimpin) bukannya mencerca dan mengaibkan orang lain kerana untuk popular, sebaliknya tunjukkanlah pekerti, teladan baik dan berhemah dalam setiap perlakuan dan kata-kata agar menjadi teladan," tegasnya.
Syed Ali melahirkan rasa bimbang kerana sejak kebelakangan ini serangan politik dalam bentuk membuka aib, memfitnah dan memaki hamun dengan semakin berleluasa.
"Saya sedih kerana media sosial dijadikan gelanggang untuk membuka aib pemimpin politik, difitnah dan digelarkan dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya.
"Memang berlaku percanggahan pendapat dan pandangan terutama membabitkan parti pemerintah dan pembangkang, tetapi tidak bermakna perbezaan itu membolehkan mencerca dan menyelongkar aib seseorang.
"Pemimpin politik memikul tanggungjawab untuk membentuk generasi muda yang memiliki jati diri, tebal dengan kesantunan dan budi pekerti mulia sebagai pewaris kepimpinan akan datang," jelasnya.
Tetapi katanya, tanggungjawab akan menjadi sukar jika generasi muda dipertontonkan dengan sikap keterlaluan yang melanggar batas-batas kesusilaan dan moral.
Akhirnya kata beliau, rasa hormat generasi muda terhadap pemimpin politik akan terhakis dan sekali gus mereka akan mengambil sikap berkecuali atau menolak proses pilihan raya untuk membentuk kerajaan.
"Kita bimbang, generasi muda akan menjatuhkan hukum bahawa pemimpin politik hari ini lebih teruk moralnya kerana bertabiat suka mencerca dan memaki hamun sesama sendiri.
"Pemimpin politik akan dihormati dan dimuliakan bukan kerana kedudukan atau kekayaan tetapi dinilai daripada persepektif budi bahasa dan bijak menyantumi rakyat dalam apa juga situasi.
"Bagaimanapun kita ingin melentur buluh daripada rebungnya, jika saban hari di kalangan pemimpin politik lantang mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun, mencerca dan membuka aib masing-masing?" soal beliau.
Justeru tegas Syed Ali, moral politik berasaskan keperibadian mulia di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO perlu dipertahankan bagi memastikan parti sentiasa disayangi rakyat.
Pemimpin tambahnya, perlu menjadi contoh dan pembimbing kepada generasi muda untuk menghayati makna sebenar perjuangan UMNO dalam mentadbir urus sebuah negara merdeka.
Beliau turut menjelaskan, fitnah dan tuduhan tidak berasas yang sengaja dilemparkan pembangkang terhadap UMNO dan kerajaan merupakan perkara lumrah dan akan berlarutan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Itu cara pembangkang berpolitik, mereka akan serang UMNO dan kerajaan dengan fakta yang telah diputarbelitkan di samping fitnah untuk mengelirukan pemikiran rakyat," tegasnya.
Bagaimanapun katanya, UMNO perlu menangani tohmohan pembangkang tersebut secara terbuka terutama yang membabitkan kepentingan rakyat di peringkat akar umbi.
Astro Awani
Tue Jan 10 2017

SYED ALI: perbuatan menghina mana-mana pemimpin politik dikhuatiri memberi kesan kurang baik kepada generasi muda hari ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Jangan aibkan peribadi pemimpin untuk modal politik - Syed Ali
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, perbuatan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana pemimpin politik dikhuatiri akan memberi kesan kurang baik kepada generasi muda hari ini.