IPOH: Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri Perak membuat laporan polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar, Perak Tengah.
Ketua Pemuda PH Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata pihak polis mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan siasatan, selain mendedahkan dalang sebenar yang bertanggungjawab ke atas isu terbabit.
Isu berkenaan bukan sahaja menjadi sorotan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, tetapi turut hebat diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.
"ADUN Aulong, Nga Kor Ming telah mendedahkan tanah untuk cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar telah dijual tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri.
"Saya sebagai wakil rakyat Malaysia dan pembayar cukai mempunyai hak untuk memastikan setiap keputusan kerajaan negeri yang ada hubung kait dengan isu kewangan perlu dipantau serta berakauntabiliti.
"Kami (wakil Pemuda PH Perak), meminta supaya pihak polis memulakan prosiding untuk menyiasat isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar dan mendedahkan siapa dalang yang sebenar kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membuat laporan di IPD Ipoh pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Khairol Najib Hashim, Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Muhammad Sheith Abdul Haris.
Katanya lagi, Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi dijangka akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu sama, esok pagi.
Sementara itu, Steven mendakwa isu berkenaan sudah membabitkan tiga orang Menteri Besar, dan siasatan perlu dilakukan secepat mungkin.
"Kita perlu cari dalang sebenar yang menjual tanah (lapangan terbang) ini. Sebelum ini kita ada Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika zaman PH dan sekarang Datuk Seri Saarani Mohamad.
"Saya rasa ketiga-ketiga ini (Menteri Besar) perlu ditanya dan mereka perlu beri kerjasama untuk bantu siasatan," katanya lagi.
Terdahulu, pada Jumaat lepas media melaporkan kerajaan negeri tidak akan berselindung dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat laporan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar, Perak Tengah.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan terpulang kepada pihak yang terbabit sekiranya mahu membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa.
Aida Aziz
Mon Apr 04 2022

Pemuda Pakatan Harapan (PH) negeri Perak membuat laporan polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar, Perak Tengah. - Foto Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Tanah lapangan terbang: Aziz Bari tidak patut rendahkan SPRM
SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

Tanah lapangan terbang: Kesediaan Faizal disiasat SPRM tidak selesai isu - Aziz Bari
Abdul Aziz mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.

Tanah lapangan terbang: Saya wajib beri kerjasama kepada SPRM - Ahmad Faizal
Katanya, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Isu jual tanah lapangan terbang, Saarani belum dipanggil SPRM
Saarani berkata, jika dipanggil kelak, ia adalah disebabkan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNP ketika ini.

SPRM mulakan siasatan penjualan tanah lapangan terbang Sri Iskandar
Beberapa individu yang terlibat berkaitan isu tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Tanah lapangan terbang: Bekas Exco lapor SPRM, MB dan UMNO wajar ambil langkah sama- Howard Lee
Bekas Exco kerajaan negeri, Howard Lee Chuan How mahu isu berkenaan diselesaikan secara tuntas, demi keadilan untuk rakyat Perak.

Isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar: Pemuda PH Perak lapor polis, SPRM menyusul
Pihak polis mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan siasatan, selain mendedahkan dalang sebenar yang bertanggungjawab ke atas isu terbabit.

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS - Kementerian Kewangan
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.