Penafian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu menandatangani surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu pembohongan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata Dr Mahathir yang cuba membersihkan namanya berhubung isu berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, yang ketika itu disandang bekas perdana menteri itu, yang berkuasa mengeluarkan arahan penahanan tersebut.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.
"Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu.
"Sebagai tahanan, saya diberitahu selagi Menteri Dalam Negeri tidak menandatangani surat perintah bebas dalam tempoh 60 hari, saya tidak boleh dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.
Pada Rabu lepas, Dr Mahathir menafikan dakwaan yang mengaitkan namanya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam isu menandatangani surat penahanan ISA.
Dr Mahathir berkata Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid iaitu anak kepada Allahyarham Megat Junid lebih mengetahui berhubung dakwaan tersebut.
Megat Fairouz sebelum ini, meminta Dr Mahathir berhenti mendakwa arwah bapanya sebagai individu yang bertanggungjawab menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang 11 tahun menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Perkara itu timbul berikutan baru-baru ini, beberapa blog menyiarkan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mendakwa tindakan penahanan ISA bukan dilakukan olehnya tetapi oleh Megat Junid.
Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuka fail lama mereka bagi memberi pengesahan kepada isu tersebut sekiranya perkara itu berlarutan.
"Kesemua persoalan akan terjawab sekiranya KDN atau PDRM dapat membuka fail lama mereka untuk menjelaskan perkara tersebut," katanya.
Beliau berkata cubaan Dr Mahathir untuk 'mengasingkan diri' dengan ISA berkemungkinan disebabkan jalinan politiknya dengan pihak pembangkang seperti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.
"Dia (Dr Mahathir) cuba membersihkan namanya dengan ISA kerana ketika ini dia sedang bekerjasama dengan pembangkang, jadi dia tolak tanggungjawab itu kepada orang lain," katanya.
Bernama
Sun Aug 28 2016

TAJUDDIN: Saya seorang tahanan ISA untuk disoal siasat pada 1987 ketika Operasi Lalang dan saya yakin Dr Mahathir yang mengeluarkan arahan untuk penahanan itu. -Gambar fail

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya.
Indonesia sasar tingkatkan pembiayaan penyelidikan universiti
Usaha Indonesia itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk mengubah universiti menjadi hab inovasi dan pembangunan bakat.
57 wilayah Thailand diselebungi jerebu
Bandar Bangkok termasuk 57 daripada 76 wilayah di negara itu diselubungi jerebu dengan tahap merah PM2.5 pada Isnin.

“Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.
[TERKINI] Suspek samun kedai emas disahkan anggota polis bantuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, adalah seorang anggota polis bantuan.

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.

"Ops Lalang bukan arahan saya" - Dr Mahathir
Kata Dr Mahathir, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif sudah jelaskan keputusan melancarkan operasi itu dibuat oleh PDRM.

Singapura: Remaja ditahan di bawah ISA
Remaja lelaki ialah pelajar Menengah Tiga ketika ditahan di bawah ISA pada November 2022 dan telah menerima OD pada Disember 2022.

Dua rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA
Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.

Ramkarpal tempelak Tun Mahathir jika benar ada hasrat kembali jadi PM
Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP Ramkarpal Singh menempelak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin kembali memegang jawatan itu.

Dakwaan POCA zalim, tiada beza dengan ISA tidak tepat
Nur Jazlan berkata malah POCA memberi hak asasi yang lebih terjamin kepada mereka yang ditahan berbanding ISA.

Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.

Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.

Isu tahanan ISA: Penafian Dr Mahathir satu pembohongan - Tajuddin
Tindakan Dr Mahathir yang cuba mengalihkan tanggungjawab berkenaan kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob adalah tidak adil.

OHI: Saya tetap setia biarpun pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kesabaran dan kesetiaan kepada parti adalah perkara yang paling penting baginya untuk terus ke hadapan.

Hishamuddin Rais disekat ke luar negara
Aktivis politik Hishamuddin Rais mendakwa beliau dihalang ke luar negara pada Khamis malam menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).