KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan arahan melaksanakan Operasi Lalang atau Ops Lalang dikeluarkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4.
Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu itu, sebaliknya, menegaskan, keputusan berkaitan Ops Lalang telah dijelaskan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar bahawa ia merupakan keputusan yang dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis kerana mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara dan pandangan serta nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja.
"Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang.
"Namun, apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka," kata bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu dalam hantaran terbaharu di akaun media sosialnya, pada Rabu.
Pada Isnin, bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto membidas Dr. Mahathir yang melabel Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai diktator.
Kasthuri, sebaliknya, berkata, Dr. Mahathir merupakan individu yang tidak boleh melabel Anwar sebagai diktator disebabkan Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbirannya pada 1987.
Dilancarkan pada 27 Oktober 1987, Ops Lalang menyaksikan 119 aktivis masyarakat sivil, intelektual dan ahli politik pembangkang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan.
Antara yang ditahan ialah bapa Kasthuri, P Patto yang juga pemimpin DAP sekitar tahun 1970-an dan 80-an dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Menglembu di Ipoh selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan sebelum meninggal dunia pada 1995.
Selain Kasthuri, beberapa pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyindir Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan pimpinan Anwar sebagai diktator kerana menghalang kebebasan bersuara dan mengambil tindakan untuk menyekat parti pembangkang.
Afiezy Azaman
Wed Mar 22 2023

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan arahan melaksanakan Operasi Lalang atau Ops Lalang dikeluarkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-4. - Gambar fail Astro AWANI
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.
Remaja lelaki didakwa cuba bunuh bekas teman wanita
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, selepas didakwa cuba membunuh seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) 17 Mac lalu.
Mahkamah tolak bantahan awal Najib terhadap permohonan semakan
Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum.

PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.

OIC beri amaran rancangan usir rakyat Palestin, kecam usaha halalkan penempatan Israel
OIC mengecam sekeras-kerasnya keputusan Kabinet Israel yang meluluskan pemisahan 13 penempatan haram di Tebing Barat sebagai langkah awal ke arah mengiktirafnya secara sah sebagai koloni Israel.
AWANI Ringkas: 'Mail boxes' lokasi edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jadi pengantara rundingan gencatan senjata Rusia-Ukraine di Arab Saudi
Amerika Syarikat akan mengadakan rundingan berasingan dengan delegasi Rusia dan Ukraine di Arab Saudi pada Isnin.

140,000 kenderaan dijangka guna WCE semasa sambutan Aidilfitri
Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka mencatatkan peningkatan trafik, dengan sekitar 140,000 kenderaan dijangka menggunakannya semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.

Profesor mengaku tidak bersalah terima rasuah RM5,071
Seorang profesor sebuah universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,071, dua tahun lepas.

10 pelajar dibuang dari universiti di Lithuania akibat penyalahgunaan AI
Penggunaan AI dianggap tidak wajar jika pelajar gagal mendedahkan bahawa teknologi itu digunakan dalam tugasan mereka.