Ibu enam anak itu dipercayai antara pengundi tertua di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Batu Gajah (DUN Bukit Bunga) di sini, hari ini.
Dia yang datang dari Panglima Bayu ditemani anak kedua, Maimunah Che Dollah, 69, dan cucu, Mohd Khairul Nizam Mohamad, 30, membuang undi di saluran satu sekolah berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Maimunah berkata, ibunya tidak lena tidur dipercayai tidak sabar untuk membuang undi untuk kali ke-14.
Katanya, seawal jam 8 pagi mereka sudah berada di pusat mengundi berkenaan bagi mengelak cuaca panas.
Difahamkan, tiga generasi keluarga Fatimah mengundi di pusat pengundian berkenaan apabila empat daripada enam anak dan cucunya turut membuang undi di sekolah itu.
Seorang lagi warga emas, Siti Minah Seman, 81, turut dilihat bersemangat untuk membuang undi di pusat pengundian sama walaupun terpaksa bertongkat.
Dia yang ditemui sebaik tiba di pekarangan sekolah berkenaan mengakui tidak sabar untuk mengundi kali ini.