Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak supaya menghormati peruntukan undang-undang pilihan raya demi keamanan dan keselamatan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah.
"Kita (Pas) sudah lama bersedia. Setakat ini tidak pernah membuat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti lain juga mesti konsisten dengan undang-undang pilihan raya.
"Pas telah membawa satu konsep politik baharu iaitu budaya politik matang dan sejahtera," katanya mengulas mengenai pengumuman pembubaran Parlimen Sabtu ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berdepan dengan cabaran partinya dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bertegas akan mencari jalan untuk bertanding.
"Hanya ini peluang untuk mencapai demokrasi," katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Pada Khamis, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM selain memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran mutlak.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR sudah bersedia menghadapi PRU14 dan pengumuman pembubaran Parlimen telah lama dinantikan.
"PRU14 ini ialah antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). Satu lawan satu. Prinsip itu dipegang bersama dalam Pakatan Harapan," katanya kepada Bernama di sini.
Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan bagaimanapun mengakui Pakatan Harapan terkesan dengan pembubaran sementara PPBM.
"Pembubaran itu adalah antara masalah yang dihadapi Pakatan Harapan sekarang selain daripada penggunaan satu logo gabungan empat parti pembangkang pada PRU akan datang.
PKR, DAP, Amanah dan PPBM telah membentuk Pakatan Harapan pada 2015 dan secara sepakat telah meletakkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018
Hadi berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.