IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan semua ahli parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan di negeri ini supaya menghormati antara satu sama lain serta tidak menyentuh perkara melibatkan sensitiviti kaum dan agama yang boleh mengundang perpecahan.
Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak berkata setiap perbezaan perlu diurus dengan baik supaya ia menjadi asbab kekuatan dalam memastikan kestabilan kerajaan.
"Benar, kita tidak mempunyai pandangan yang sama pada setiap masa. Kita juga tidak mempunyai pandangan yang sama dalam semua perkara.
"Namun, dalam apa jua keadaan, kita mampu mengurus perbezaan sehingga akhirnya dapat menyatu dalam membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyat. Bagi saya, itulah antara keindahan dalam kita mengurus perbezaan," katanya dalam ucapan dasar sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Saarani berkata setiap pimpinan parti juga seharusnya sentiasa meletakkan perpaduan sebagai manifestasi utama bagi menolak api perkauman yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.
"Kita perlu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa hanya perpaduan sahaja yang mampu membawa Perak mengorak langkah lebih jauh ke hadapan menjadi sebuah negeri maju dan progresif serta mencintai keamanan," katanya.
Menurut Saarani konvensyen berkenaan akan diperluas di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak bermula tahun ini bagi berkongsi pandangan, pendapat serta kefahaman antara satu sama lain.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan Perak akan mengkaji impak pelaksanaan skim tidak berpencen melibatkan penjawat awam baharu negeri yang dilantik secara tetap.
"Tiada sebarang kertas (penjelasan) yang kita terima. Kalau boleh saya nak baca dan hadam dahulu keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet.
"Kerajaan negeri juga akan meneliti untuk melihat kesannya kepada sistem pentadbiran negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak berkata setiap perbezaan perlu diurus dengan baik supaya ia menjadi asbab kekuatan dalam memastikan kestabilan kerajaan. - Foto Sinar Harian
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Gerakan koperasi perlu teroka peluang ekonomi baharu - MB Perak
Gerakan koperasi antara enjin pertumbuhan yang menyumbang kepada KDNK yang dapat mentransformasi dan memperkasa ekonomi masyarakat setempat.
Sebahagian HSK Segari Melintang dibatal, diganti tanah lebih luas - Saarani
Tapak gantian itu telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Durian Pipit melalui Warta Kerajaan No 1777 bertarikh 18 Mei tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak.
Penjawat awam Perak dapat BKK dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2024 hari ini.
MB Perak beri peringatan ada lagi gelombang banjir akan berlaku
Selepas banjir gelombang kedua melanda Sungai Siput pada Selasa, Perak dijangka mengalami lagi beberapa siri banjir menjelang hujung tahun.
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Perak kenal pasti, pantau beberapa ajaran sesat
Menurut Saarani, Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Perak akan membuat kajian mendalam mengenai ajaran-ajaran sesat berkenaan.