KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh bakal berdepan cabaran besar dalam menerajui kementerian itu, ketika tahap prestasi dan politiking dalam arena sukan dilihat tidak begitu memberangsangkan pada masa ini.
Ahli Parlimen Segambut itu yang mengangkat sumpah sebagai menteri semalam, perlu segera belajar dan menyesuaikan diri dengan sistem sukan, selain berusaha menyingkirkan politik dalam persatuan sukan kebangsaan (NSA) dan fokus terhadap kebajikan atlet demi kejayaan lebih besar terutama dalam memenangi pingat emas Olimpik pertama di temasya Paris 2024.
Bekas atlet gimnas berirama dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998, Sarina Sundara Rajah berkata sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Hannah yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, akan mengemudi portfolio baharunya.
Beliau berharap menteri itu dapat memperjuangkan perkara seperti Sukan Selamat, sukan wanita dan sukan peringkat akar umbi, di samping terus mengutamakan keselamatan atlet dan membentangkan Akta Sukan Selamat di Parlimen dalam masa terdekat.
"Hannah telah menjalankan tugasnya dengan baik dalam kementerian sebelum ini dan lantang memperjuangkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual.
"Saya berharap beliau menyedari keperluan untuk bertindak segera terhadap Akta Sukan Selamat yang merangkumi semua jurang dan ketidakselarasan dalam Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, dan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual," katanya kepada Bernama.
Hannah, 43, merupakan wanita kedua yang pernah mengetuai kementerian itu sejak 1964, selepas Datuk Seri Azalina Othman Said pada 2004 hingga 2008.
Sarina menegaskan usaha yang telah dilakukan dalam bidang seperti membangunkan Kod Sukan Selamat dan mewujudkan Pusat Sukan Selamat untuk memastikan atlet mampu cemerlang dalam persekitaran sukan yang bebas daripada penderaan, perlu diteruskan.
"Adalah penting untuk mempunyai sistem yang bebas dan efektif bagi memastikan inisiatif pencegahan dan intervensi dapat direalisasikan sepenuhnya.
"Saya tahu beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak kerana beliau bekerja di kementerian berkaitan sebelum ini, tetapi dalam sukan menguruskan hal penderaan adalah unik.
"Saya berharap kementerian akan terus melibatkan seluruh komuniti sukan dalam usaha kita mewujudkan persekitaran Sukan Selamat," katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk M. Jana Santhiran dilaporkan berkata jumlah kes penderaan dan gangguan seksual dalam sukan membimbangkan.
Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill yakin bahawa Hannah akan menjalankan peranannya dengan berkesan dan membawa sukan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
"Menjadi harapan kami untuk menteri sendiri terlibat dengan NSA bagi memastikan ia terus ke hadapan.
"Kami juga mengalu-alukan penglibatan beliau terutamanya dalam persiapan ke arah Paris 2024 dan berharap dapat melakukan kunjungan hormat ke atas beliau dalam masa terdekat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
Hannah, 43, merupakan wanita kedua yang pernah mengetuai kementerian itu sejak 1964, selepas Datuk Seri Azalina Othman Said pada 2004 hingga 2008. - Gambar fail
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.
19 kes berkaitan keselamatan atlet selesai - Hannah
Sebanyak 38 kes berkaitan keselamatan atlet diterima sejak 2021 menerusi inisiatif Kod Sukan Selamat di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.
Peruntukan RM15 juta buat FAM bukan untuk pembayaran gaji - Hannah
Hannah berkata peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia akan anjur pertandingan TVET - Hannah
KBS telah mengusulkannya kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ia telah dipersetujui.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.