Mahkamah Tinggi menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh pengurusan kes, hari bagi membincangkan tarikh dan tempoh perbicaraan untuk kesemua tujuh pertuduhan itu yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menetapkan hari yang sama untuk membincangkan permohonan perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan Najib.
Najib hari ini dikenakan tiga tuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung kait penyalahgunaan kedudukan beliau untuk menerima sejumlah wang hasil aktiviti haram dari dana keseluruhan RM42 juta, ke dalam dua akaun miliknya.
Mengikut kertas pertuduhan itu, beliau didakwa menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities ("Rentas") dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.
Hakim Mahkamah Sesyen 9 Azura Alwi bersetuju untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi 1, dan ketiga-tiga pertuduhan berkenaan kemudiannya didengar semula di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Barisan pendakwa raya diketuai Ketua Jabatan Perbicaraan dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria kemudiannya memohon agar ketiga-tiga pertuduhan baharu itu dibaca serentak dengan empat pertuduhan asal yang Najib hadapi di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, 4 Julai lepas.
Ketua barisan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersetuju dengan permohonan itu, dan berhujah bahawa 4 pertuduhan asal merupakan ‘predicate offenses’, manakala tiga tuduhan baharu dianggap ‘subsidiary offences’.
Azman bersetuju dan membenarkan ia dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3 dan didengar semula di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Selain menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh pengurusan kes, Mohd Nazlan juga membenarkan agar ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk empat pertuduhan asal, dipanjangkan semula ke tiga pertuduhan baharu ini.
BACA: Najib mengaku tidak bersalah terima RM42 juta hasil aktiviti haram
Pada 4 Julai lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Wed Aug 08 2018
![Hakim tetapkan Jumaat ini sebutan semula kes Najib Razak Hakim tetapkan Jumaat ini sebutan semula kes Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533690444_NAJIBRAZAK.jpg)
Dakwaan Najib menerima RM42 juta merupakan hasil dari aktiviti haram yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank. - Foto Reuters/Lai Seng Sin
![PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739418265_NarendraModi.jpg)
PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
![Perbicaraan kes 1MDB Najib bermula hari ini Perbicaraan kes 1MDB Najib bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566953921_NajibTunRazak.jpg)
Perbicaraan kes 1MDB Najib bermula hari ini
Saksi yang akan dipanggil memberi keterangan hari ini adalah pegawai pentadbiran dari Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.
![Hakim tetapkan Jumaat ini sebutan semula kes Najib Razak Hakim tetapkan Jumaat ini sebutan semula kes Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533690444_NAJIBRAZAK.jpg)
Hakim tetapkan Jumaat ini sebutan semula kes Najib Razak
Selain itu, Mahkamah Tinggi turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar perbincangan mengenai perintah larangan bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes.
![Najib mengaku tidak bersalah terima RM42 juta hasil aktiviti haram Najib mengaku tidak bersalah terima RM42 juta hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533695935_NAJIBRAZAK.jpg)
Najib mengaku tidak bersalah terima RM42 juta hasil aktiviti haram
Najib, 65 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.