Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekadar mengucapkan terima kasih kepada 182 ahli DAP Melaka yang membuat keputusan untuk keluar dari parti itu semalam.
Guan Eng pada masa yang sama meragui jumlah tersebut kerana beliau hanya melihat lebih kurang 20 ahli DAP sahaja yang terdapat di dalam gambar tersebut.
"Saya lihat dalam gambar 20 lebih tetapi ada yang melaporkan sampai 180 lebih.
"Tak apalah, yang penting kita hargai semua ahli-ahli DAP.
"Saya hanya hendak cakap terima kasih atas semangat yang telah mereka berikan selama ini," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut tidak menolak dakwaan kemungkinan mereka keluar dari parti kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti yang lalu.
"Kita rasa mereka hampa kerana kalah dalam pilihan raya parti. Saya harap kalau boleh teruslah berada dalam DAP supaya mana tahu pilihan raya akan datang mereka boleh menang.
"Lagipun menang dan kalah itu biasa," ujarnya.
Semalam dilaporkan seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota Jawatankuasa DAP Negeri Melaka, keluar parti kerana kecewa dengan parti itu.
Antara lain mereka berkata, parti itu telah menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia".
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 13 2017
![Guan Eng ucap 'terima kasih' kepada ahli DAP Melaka yang keluar parti Guan Eng ucap 'terima kasih' kepada ahli DAP Melaka yang keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81435910419_LIMGUANENG.jpg)
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya mengucapkan terima kasih kepada 182 ahli DAP Melaka yang membuat keputusan keluar parti semalam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PRN Melaka: Beberapa penyandang kerusi DUN DAP mungkin gugur PRN Melaka: Beberapa penyandang kerusi DUN DAP mungkin gugur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51635917097_PRNMelakaDAPMela.jpg)
PRN Melaka: Beberapa penyandang kerusi DUN DAP mungkin gugur
Senarai yang dikemukakan DAP Melaka itu akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selepas perayaan Deepavali.
![Politik Melaka: UMNO punca utama kemelut, hanya TYT boleh selesaikan - DAP Politik Melaka: UMNO punca utama kemelut, hanya TYT boleh selesaikan - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633689549_TeyKokView.jpg)
Politik Melaka: UMNO punca utama kemelut, hanya TYT boleh selesaikan - DAP
Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View berpendapat hanya Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dapat menyelesaikan isu ini.
![Kemukakan SD kalau benar cukup majoriti - DAP tempelak Ab Rauf Kemukakan SD kalau benar cukup majoriti - DAP tempelak Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582867956_EXCOPerumahan.jpg)
Kemukakan SD kalau benar cukup majoriti - DAP tempelak Ab Rauf
Tey berkata, tindakan Ab Rauf menyangkal 'hakikat' Adly Zahari mempunyai sokongan untuk mempertahankan pentadbiran, hanyalah sekadar menghangatkan suhu politik semasa.
![Guan Eng ucap 'terima kasih' kepada ahli DAP Melaka yang keluar parti Guan Eng ucap 'terima kasih' kepada ahli DAP Melaka yang keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81435910419_LIMGUANENG.jpg)
Guan Eng ucap 'terima kasih' kepada ahli DAP Melaka yang keluar parti
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya mengucapkan terima kasih kepada 182 ahli DAP Melaka yang membuat keputusan keluar parti semalam.