Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ini adalah ekoran perasaan dukacita dan kecewa yang dilafazkan oleh Tuanku diatas tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Lim berkata keputusan untuk hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor, dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rundingan itu adalah bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013, serta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, dan kata sepakat Pakatan Rakyat (PR) bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata DAP setia kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan Anwar tentang Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku.
Semalam, Istana Selangor mengeluarkan sebuah kenyataan yang meluahkan rasa kecewa dan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang mengingkari arahannya.
“Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Munir berkata, Sultan Selangor akan meneliti senarai calon yang dikemukakan PAS, PKR, dan DAP dan mengambil kira segala aspek sebelum keputusan dibuat.
"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama Adun yang lain daripada Pakatan Rakyat yang berkelayakan dan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya.
Setakat ini, hanya PAS akur dengan titah Tuanku untuk mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
PAS, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan telah menghantar tiga nama anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu, sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi dilaporkan menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor dan menamakan dua Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
PKR dan DAP, bagaimanapun, sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baharu.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 09 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Datuk Bandar NY didakwa terima rasuah
Penginapan di hotel mewah St Regis di Instanbul, dan syarikat penerbangan Turkish Airlines merupakan antara yang disebut dalam dakwaan rasuah ke atas Datuk Bandar New york, Eric Adams.
10 Berita Pilihan - (27 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Francis akui skandal seks memalukan gereja katolik
Pope Francis mengambil pendirian bahawa pihak gereja katholik perlu berasa malu dan memohon keampunan susulan skandal penganiayaan seksual.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Pemerintah Kota Vatican itu, ketika berucap di hadapan Raja dan Permaisuri Belgium di Brussels pada Jumaat, bertegas akan menangani skandal tersebut dengan tegas.
Claudia Sheinbaum, presiden wanita Mexico yang pertama
Claudia Sheinbaum menang bergaya sekali gus melakar sejarah sebagai presiden wanita Mexico yang pertama. Beliau mewarisi legasi yang ditinggalkan mentor yang juga Presiden Mexico terdahulu, Andres Manuel Lopez Obrador.
Pemain watak Profesor Mcgonagall pergi buat selamanya...
Aktres veteran, Dame Maggie Smith yang terkenal dengan watak Profesor Minerva McGonagall dalam filem bersiri terkemuka, Harry Potter, meninggal dunia pada Jumaat.pemergian aktress yang memegang watak ikonik dalam filem sensasi itu pada usia 89 tahun.
Ribuan bantah Netanyahu di New York sebelum berucap di PBB
Beribu-ribu aktivis, ahli organisasi hak asasi manusia dan wakil dari komuniti Palestin, Arab, dan Muslim berhimpun di luar kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di New York City, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Jet pejuang Israel sasar sempadan Syria-Lubnan
Jet Israel telah menyerang sempadan antara Syria dan Lubnan di Matraba, mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang.
Menurut pengarah lintasan sempadan, Ayal Alloush, serangan itu berlaku empat hari selepas kempen Baitulmaqdis barat dengan menyasarkan kenderaan yang tiba di persimpangan di antara Syria dan Lubnan.
Menurut pengarah lintasan sempadan, Ayal Alloush, serangan itu berlaku empat hari selepas kempen Baitulmaqdis barat dengan menyasarkan kenderaan yang tiba di persimpangan di antara Syria dan Lubnan.
Gaza menderita kemiskinan melampau, kebuluran ketika Israel teruskan serangan genosid - Bank Dunia
Ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel.
Ketua Audit Negara pertahan kerusi ASOSAI Governing Board
Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mempertahankan kerusi sebagai ahli Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Governing Board bagi penggal 2024-2027. Jabatan Audit Negara dalam kenyataan memaklumkan Wan Suraya memperoleh jumlah undi tertinggi sebanyak 34 daripada 42 negara ahli ASOSAI yang hadir pada Perhimpunan Agung ASOSAI di New Delhi, India pada Jumaat.
MRSM terendak terdaif, uzur - Asyraf Wajdi
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terendak, Melaka disifatkan sebagai paling daif dan uzur rentetan kebanyakan fasiliti termasuk tandas dan bilik guru yang langsung tidak boleh digunakan langsung.
Pas Perak mohon ampun khilaf tidak menghadap Sultan Nazrin Shah
Razman menjelaskan Pas sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan negeri Perak.
Guan Eng mohon ampun dari Sultan Selangor kerana ingkari titah baginda
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memohon ampun dari Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.