GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menggesa supaya Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diadakan pada penghujung September ini.
Ia bagi membolehkan perlembagaan negeri Pulau Pinang berhubung undang-undang antilompat parti diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, memandangkan Pulau Pinang sebelum ini telah meluluskan undang-undang antilompat parti seperti di Sabah, justeru sidang khas tersebut perlu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Sidang khas seumpama itu sepatutnya diadakan pada penghujung September apabila pindaan Perlembagaan Persekutuan dijangka diwartakan pada masa itu.
“Perlembagaan Persekutuan tidak menganggap wakil rakyat yang dipecat sebagai ahli parti sebagai lompat parti, manakala Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sebaliknya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengambil contoh Sabah, Guan Eng berkata, walaupun mempunyai undang-undang antilompat parti sendiri, namun Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah dalam masa terdekat bagi meminda perlembagaan berkaitan antilompat parti.
Menurut Hajiji, langkah itu sejajar komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah setelah sekian lama berdepan keadaan politik tidak menentu.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, dengan mengadakan sidang khas DUN Pulau Pinang pada akhir September juga akan membolehkan peruntukan antilompat parti bagi Pulau Pinang berkuat kuasa tepat pada masanya ke atas semua ADUN yang dipilih pada pilihan raya umum ke-15 kelak.
“Pilihan Raya Umum ke-15 dijangka diadakan pada November berikutan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentangkan Belanjawan 2023 lebih awal tiga minggu iaitu pada 7 Oktober, selepas menerima tekanan UMNO untuk mengadakan pilihan raya awal pada tahun ini dan bukannya tahun depan.
“Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan semalam bahawa Perdana Menteri telah "memberi komitmen" bahawa pilihan raya umum akan datang tidak akan diadakan pada 2023, dan mungkin diadakan sebelum Disember 2022,” ujar Guan Eng.
Justeru, bagi memastikan mandat pengundi dihormati dan tidak diselewengkan atau dikhianati oleh ahli politik dengan melompat parti, adalah mustahak DUN Pulau Pinang bersidang sebelum pilihan raya umum akan datang.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Aug 30 2022
![Guan Eng gesa sidang khas DUN Pulau Pinang diadakan hujung September Guan Eng gesa sidang khas DUN Pulau Pinang diadakan hujung September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660815082_LimGuanEng.jpg)
Kata Guan Eng, sidang khas membolehkan perlembagaan negeri Pulau Pinang berhubung undang-undang antilompat parti diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Pelan, perancangan tangani COVID-19 akan dibahas pada sidang DUN Selangor Pelan, perancangan tangani COVID-19 akan dibahas pada sidang DUN Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629310504_AmirudinShari.jpg)
Pelan, perancangan tangani COVID-19 akan dibahas pada sidang DUN Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beberapa pelan dan perancangan bagi menangani pandemik COVID-19 akan dibahas pada persidangan DUN Selangor Ke-14.
![Pulau Pinang cadang persidangan DUN pada 1 September Pulau Pinang cadang persidangan DUN pada 1 September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625735063_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang cadang persidangan DUN pada 1 September
Pulau Pinang bercadang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Sept depan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
![Pulau Pinang timbang pilihan untuk adakan sidang DUN Pulau Pinang timbang pilihan untuk adakan sidang DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625128648_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang timbang pilihan untuk adakan sidang DUN
Kerajaan Pulau Pinang sedang menimbang beberapa pilihan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan membuat keputusan pada mesyuarat Exco akan datang.
![Hadirin sidang DUN Perlis perlu jalani saringan kesihatan Hadirin sidang DUN Perlis perlu jalani saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589788940_DUNPERLIS.jpg)
Hadirin sidang DUN Perlis perlu jalani saringan kesihatan
Hadirin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 pada 20 hingga 21 Mei ini perlu menjalani saringan kesihatan oleh petugas Jabatan Kesihatan Perlis sebelum memasuki dewan.
![Sultan Kedah gesa kerajaan negeri bersedia untuk pasca COVID-19 Sultan Kedah gesa kerajaan negeri bersedia untuk pasca COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71587015494_TBSULTANKEDAH.jpg)
Sultan Kedah gesa kerajaan negeri bersedia untuk pasca COVID-19
Kerajaan negeri Kedah perlu memperkemaskan perancangan pembangunan dan kaedah pelaksanaan terbaik bagi merangsang ekonomi agar pertumbuhannya dapat dipertingkatkan.
![Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584003748_WismaNegeri.jpg)
Sidang DUN Negeri Sembilan tangguh - Speaker
'Sidang DUN sepatutnya diadakan pada 30 Mac hingga 3 April, tetapi ditunda kepada 4 hingga 13 Mei depan dengan enam hari tempoh bersidang'.
![MB Johor ingatkan ADUN jaga tingkah laku pada sidang DUN MB Johor ingatkan ADUN jaga tingkah laku pada sidang DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527353978_OsmanSapian.jpg)
MB Johor ingatkan ADUN jaga tingkah laku pada sidang DUN
Setiap ADUN perlu mematuhi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk tidak menjadikan persidangan seperti 'sarkas'.