Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Gabungan Baharu membentuk kerajaan di negeri itu selepas menyaksikan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong gabungan tersebut berbanding 26 Adun memilih Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata keputusan itu dibuat selepas Sultan Ibrahim berpuas hati pada sesi temu bual yang berlangsung pada Selasa di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru.
“Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang baharu dilantik
“Tuanku (Sultan Ibrahim) berharap agar pentadbiran kerajaan Negeri Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri Johor,” demikian katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Jaba, pada pertemuan tersebut setiap Adun dikehendaki menandatangani Surat Akaun Bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka.
Katanya, daripada 56 Adun yang dititahkan untuk menghadap Sultan Ibrahim, dua daripadanya tidak hadir.
Mereka masing-masing adalah Adun Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub (AMANAH) dan Adun Puteri Wangsa, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 27 2020
Sultan Ibrahim berpuas hati pada sesi temu bual yang berlangsung pada Selasa di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru. - Gambar fail
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Thailand: Parti Bhumjaithai umum sertai Pheu Thai bentuk gabungan baharu
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat.
PRU15: Pembangkang Sarawak lancar GAGASAN bagi lawan GPS
Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) melibatkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR)
UMNO tidak terima sebarang maklumat, Ku Li bertindak berseorangan - Mahdzir
Gabungan yang ditubuhkan dalam usaha menewaskan Pas di Kelantan adalah tindakan bersendirian veteran UMNO itu.
Politik Perak: UMNO perlu tukar dasar jika ingin kerjasama dengan PH - Penganalisis
Ketetapan UMNO jelas menyebut parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain
"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
Rancang jatuhkan Faizal Azumu satu tohmahan, tidak berasas - DAP Perak
Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata tindakan itu merupakan satu percubaan melulu untuk menjustifikasikan tindakan keluar parti oleh kedua-dua mereka.
Satu majlis PN perlu segera diwujudkan - Penganalisis
Majlis ini dilihat penting dalam soal menentukan hala tuju politik, terutama mengambil kira parti yang membentuk kerajaan ini masih 'baharu' sebagai satu gabungan.
Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak pagi ini
Beliau yang tiba di perkarangan istana sekitar jam 9.10 pagi dilihat sempat melambai ke arah media sebelum memasuki Istana.
PH terkubur di Perak, 32 ADUN bentuk kerajaan baharu
Kerajaan negeri itu terbentuk hasil gabungan wakil rakyat dari UMNO (25 kerusi), Pas (tiga kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (empat kerusi).
Profesional, teknorat harus diberi peluang dalam kabinet baharu
Dr Muhammad Fathi Yusof berkata golongan berkenaan yang tidak mempunyai ikatan secara langsung dengan parti politik boleh dilantik sebagai senator sebelum diangkat menjadi menteri.