PAKATAN Harapan (PH) adalah gabungan parti politik iaitu Bersatu, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ia diluluskan sebagai sebuah parti gabungan empat parti yang sah hanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Ia tanda sepakat semua parti di dalam PH selepas mereka berjuang dan bertanding di bawah lambang PKR pada PRU ke-14 lepas.
Selepas lebih satu tahun, ada kalangan daripada pemimpin PH sendiri yang lebih mementingkan jawatan dan kuasa dari semangat ukhwah serta perpaduan tulen sesama rakan.
Ia dikesan di dalam gerakan pengikut taksub Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang melakukan pelbagai kaedah untuk mencemarkan reputasi dan akhirnya memberi tekanan kuat agar Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam kadar secepat mungkin.
Konspirasi sesama mereka telah dirancang untuk Anwar segera mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri kelapan.
Tidak faham
Selepas satu persatu konspirasi yang dirancang gerakan pengikut Anwar, tampil pula Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mempertahankan ketuanya iaitu Ahli Parlimen Port Dickson.
Kenapa Nik Nazmi sendiri gagal untuk menegur segelintir pemimpin-pemimpin di dalam PKR seperti Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul dan beberapa lagi pemimpin PKR yang sering mencemuh dan membuat serangan kepada Dr Mahathir iaitu Perdana Menteri kerajaan PH sendiri?
Apa yang dilakukan mereka jelas tindakan tidak bijak malah sangat tidak beretika. Di mana logiknya langkah sesetengah pemimpin ini yang menyerang Dr Mahathir kini?
Semua tahu malah maklum memang wujud perjanjian peralihan kuasa yang diperkatakan selama ini tetapi tunjukkan kepada rakyat perjanjian yang mengatakan Dr Mahathir hanya dibenarkan memegang jawatan Perdana Menteri hanya untuk tempoh dua tahun sahaja.
Adakah persetujuan dalam pelan peralihan kuasa yang menyatakan tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah ditetapkan hanya untuk dua tahun sahaja selepas PRU ke-14 yang lepas?
Mereka yang membuat serangan ke atas Dr Mahathir dalam isu peralihan kuasa ini jelas terdiri daripada penyokong rapat Anwar.
Selaku Presiden PKR, kenapa Anwar hanya diam seribu bahasa melihat anak buahnya menyerang Dr Mahathir?
Sepatutnya Anwar dan PKR harus mengambil tindakan disiplin terhadap semua yang melanggar etika dalam gagasan PH.
Buang persepsi
Sekiranya PH bercakaran sesama sendiri, bukan saja rakyat tempatan bakal hilang keyakinan kepada kerajaan tetapi warga luar turut hilang kepercayaan kepada PH.
Bila persepsi ini berlaku, apakah Nik Nazmi sangka pelabur luar yakin dan masih mahu datang melabur di negara kita?
Semua orang akan melihat Kerajaan PH tidak stabil kerana berterusan berada dalam sengketa dalaman secara berterusan.
Kerajaan ini akan nampak seolah-olah tidak stabil dan inilah implikasinya kepada PH.
Rakyat memberi undi dan memenangkan PH bukan untuk berebut kuasa sesama sendiri tetapi pada hakikatnya, kita terpaksa memikul amanah antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia secara terbaik serta teramanah yang mungkin ke arah menjaga kesejahteraan masa depan bangsa mahupun negara yang tercinta.
Apapun, jutaan syabas kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mencadangkan secara terbuka Dr Mahathir harus memimpin negara selama sepenuh penggal.
Ini adalah satu cadangan yang amat bernas kerana keseluruhan pemimpin-pemimpin PH harus berganding bahu secara erat dan ikhlas dalam menyokong Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman luas mentadbir hampir lebih dua puluh tiga tahun dan menyelesaikan semua permasalahan negara.
Sokongan secara kolektif amat diperlukan dan semua pemimpin PH harus mempunyai peranan masing-masing bagi membina Malaysia Baharu.
Kerja ini bukan harus dipikul oleh seseorang individu sahaja. Tugasan untuk membina semula negara adalah tanggungjawab bersama dari semua pihak. Jangan cuba hendak menuding jari kepada seseorang individu sahaja sekiranya kita gagal.
Sekiranya semua pemimpin PH ikhlas dan bersatu hati, yakinilah kita akan berjaya menerajui Kerajaan PH yang sedang mentadbir negara secara jujur dan amanah buat selamanya. Tiada siapa yang boleh mengganggu gugat PH lagi.
Untuk mencapai matlamat ini, Majlis Presiden PH harus tegas dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti yang melanggar etika dan mempunyai agenda peribadi untuk berebut kuasa sesama sendiri serta gemar menyerang Perdana Menteri.
Kita yakin, dalam masa tiga tahun ekonomi negara akan pulih secara sepenuhnya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail layak mendapat pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri, itu penghargaan kerajaan PH di atas segala sumbangannya kepada bangsa serta negara.
Bukankah tempoh yang diperkatakan oleh Dr Mahathir itu sudah cantik disusun atur olehnya?
Sesungguhnya, dalam usia ini, Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang agenda peribadi kecuali untuk membangunkan semula negara demi kepentingan masa depan keseluruhan rakyat di tanah air kita.
Dr Mahathir juga tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
Jangan lupa
DAP juga harus mengambil tindakan kepada ahli mereka yang secara konsisten menyerang Perdana Menteri.
Tolong jangan terlalu cepat lupa sejarah. Berpuluh tahun DAP bergabung dengan Semangat 46 dan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar tetapi gagal untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malahan, gabungan kali pertama DAP dengan Dr Mahathir yang menerajui PPBM bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menjatuhkan kerajaan kleptokrasi UMNO serta BN.
Ini adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipadam atau dinafi oleh sesiapa.
Pendirian saya, semua parti dalam PH amat diperlukan kerana kita semua adalah pelengkap kepada kerajaan PH. Cuma kita tidak perlukan kenyataan seperti Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu yang memperlekehkan Dr Mahathir.
Golongan ini harus dipecat oleh Majlis Presiden PH. Tanpa pemimpin sebegini, barulah PH dapat berfungsi secara berkesan ke arah untuk membangunkan semula Malaysia Baharu.
Cerminlah muka kita sendiri, adakah Ronnie sangka PH boleh wujud tanpa PPBM?
Hakikatnya, kita diibaratkan seperti lagu dan irama. Tanpa irama maka pincanglah sesuatu lagu itu.
Ronnie perlu tahu, tiada siapa melarang hak untuk bercakap tetapi PH ada cara serta tempatnya bagi membuat sebarang teguran.
Ronnie ada pelbagai jalan untuk berjumpa dengan Dr Mahathir untuk memberi pandangan. Gunalah saluran yang betul.
Akhirnya, bukan Majlis Presiden yang bakal menentukan status Dr Mahathir tetapi sokongan dalam Parlimen yang bakal menentukan kedudukan Perdana Menteri hari ini sama ada menjawat jawatan separuh atau sepenuh penggal.
Sekiranya Majlis Presiden menetapkan Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri hanya untuk separuh penggal tetapi seandainya ahli Dewan Rakyat membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri untuk mengemudi negara sepenuh penggal maka akhirnya Dr Mahathir akan memegang jawatan tersebut untuk sepenuh penggal.
Begitulah juga, sekiranya Dr Mahathir melantik Anwar sebagai penggantinya tetapi ahli Dewan Rakyat membawa usul undi tidak percaya kepada Anwar, maka Presiden PKR itu bakal menjadi Perdana Menteri yang terpendek tempohnya dalam sejarah politik negara.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah Penyelaras Parlimen Jasin.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Fri Oct 25 2019
Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang agenda peribadi kecuali untuk membangunkan semula negara demi kepentingan masa depan keseluruhan rakyat di tanah air kita. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Petani terkesan kenaikan diesel boleh serah nama kepada PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar butiran lengkap petani dan pesawah yang terkesan akibat kenaikan harga diesel diserahkan kepadanya bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.