Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan empat borang pencalonan telah dibeli beberapa individu menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, pada 10 Mac ini.
Pengarahnya Mohamad Mahmud berkata jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari sebelum Selasa depan.
"Berdasarkan rekod PRK di Kelantan sebelum ini, jumlah borang yang dibeli individu yang ingin bertanding adalah sehingga 20 borang pencalonan," katanya pada Khamis.
Mohamad berkata PRK DUN Pengkalan Kubor September tahun lepas menyaksikan sejumlah 20 borang pencalonan dibeli dan ia menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan seorang calon Bebas.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Sharif Mahmood, 59, berkata beliau membeli satu borang bagi membolehkan beliau bertanding dalam PRK DUN Chempaka sebagai calon Bebas.
"Saya mengambil keputusan menawarkan diri untuk bertanding bagi menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sharif berkata keputusan untuk bertanding bagi memberi pilihan kepada rakyat di DUN Chempaka memilih calon terbaik.
"Saya melihat banyak lagi yang perlu dibangunkan di DUN Chempaka. Jika ada calon yang mesra dengan kerajaan pusat saya yakin usaha itu lebih lancar dan rakyat juga yang akan mendapat manfaatnya," katanya.
SPR menetapkan PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada 10 Mac.
Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Mursyidul Am PAS itu menang dengan majoriti 6,500 undi menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak.
Bernama
Fri Mar 06 2015
![Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - SPR Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/81424082966_295x200.jpg)
SPR: Empat borang pencalonan PRK DUN Chempaka dibeli - Gambar fail
![Isu buli siber dibawa ke mesyuarat Kabinet esok - Saifuddin Nasution Isu buli siber dibawa ke mesyuarat Kabinet esok - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721311777_TBSaifuddinNasution.jpg)
Isu buli siber dibawa ke mesyuarat Kabinet esok - Saifuddin Nasution
Isu buli siber akan dibawa dan dibincangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri esok dan satu pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat.
![Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715152497_phonegeneric.jpg)
Penggunaan skrin terlalu lama faktor penyumbang kanak-kanak tidak aktif - Pakar
Menurut pakar perubatan keluarga, 81 peratus kanak-kanak tidak menjalani gaya hidup aktif.
![Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667481794_JOGGING.jpg)
Hidup sihat: Kenapa perlu lari sepantas Azeem? Ukur baju di badan sendiri – Pakar
Tidak perlu letakkan sasaran mencapai keupayaan fizikal seperti atlet profesional.
![Senaman, diet sempurna tidak wujud, tumpu kepada pendekatan praktikal – Pakar Senaman, diet sempurna tidak wujud, tumpu kepada pendekatan praktikal – Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71590055262_ExerciseGeneric.jpg)
Senaman, diet sempurna tidak wujud, tumpu kepada pendekatan praktikal – Pakar
Ramai terperangkap dalam mentaliti mengejar senaman dan diet sempurna untuk mencapai gaya hidup sihat.
AWANI Tonight: Stegosaurus fossil sells for record-breaking $44.6M
An 11-foot-tall stegosaurus fossil sold at Sotheby’s New York for $44.6 million, setting a new record as the most valuable fossil ever auctioned.
AWANI Tonight: Harimau Malaya rises to 134th in FIFA world ranking
The Malaysian football team has climbed to 134th in the latest FIFA world ranking, moving up from the 135th position they held since June 20th.
AWANI Tonight: Indonesia's Jokowi appoints Prabowo's nephew as Deputy Finance Minister
Indonesian President Joko Widodo has appointed Thomas Djiwandono, the nephew of President-elect Prabowo Subianto as Deputy Finance Minister.
![Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721309571_ShahulHameedDawood.jpg)
Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanja
![Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup sedikit rendah selepas cecah paras tertinggi baharu dalam enam bulan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6680/4710 berbanding dolar AS daripada 4.6625/6660 ketika ditutup semalam.
![Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721309327_NaazronAbdulYusof.jpg)
Tiga lelaki disyaki bunuh rakan kerana hutang RM7,000 akan didakwa esok
Tiga lelaki tempatan akan dituduh di Kompleks Mahkamah Kajang esok kerana disyaki membunuh rakan mereka setelah mangsa gagal melunaskan hutang berjumlah RM7,000.
![Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan? Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525757130_Mahathirnikomar.jpg)
Adakah Nik Omar 'game changer' politik Kelantan?
Gelombang atau tidak, semuanya terserah kepada tangan 1.05 juta pengundi di Kelantan, untuk terjemah suara dan hasrat mereka ke kertas undi.
![Kenyataan melampau terhadap Nik Omar adalah tindakan keterlaluan - Tuan Ibrahim Kenyataan melampau terhadap Nik Omar adalah tindakan keterlaluan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520848130_PASMANIFESTO.jpg)
Kenyataan melampau terhadap Nik Omar adalah tindakan keterlaluan - Tuan Ibrahim
Pas tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang bukan pemimpin utama parti.
![Adakah haruman Chempaka bakal berubah? Adakah haruman Chempaka bakal berubah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81524983947_Nikomar.jpg)
Adakah haruman Chempaka bakal berubah?
Cerapan rakan strategik Data Raya Astro AWANI, Berkshire Media Sdn Bhd mengenai langkah 'mengejut' anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
![Anak Allahyarham Nik Aziz buat kejutan di DUN Chempaka Anak Allahyarham Nik Aziz buat kejutan di DUN Chempaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/61523787012_NikOmar.jpg)
Anak Allahyarham Nik Aziz buat kejutan di DUN Chempaka
Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Muhammed Omar membuat kejutan di hari penamaan calon apabila muncul menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding.
![PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51427040439_295x200.jpg)
PRK Chempaka: Ahmad Fathan harap dapat galas tanggungjawab dengan baik
Bendahari PAS kawasan Pengkalan Chepa berjaya tewaskan empat calon Bebas dengan majoriti 10,090 undi.
![PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61427030446_295x200.jpg)
PAS pertahankan kerusi DUN Chempaka dengan majoriti 10,092 undi
Pengumuman kemenangan calon PAS tersebut dibuat oleh Pegawai Pengurus PRK Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris, kira-kira jam 9 malam tadi.
![PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi - SPR PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71427021751_295x200.jpg)
PRK DUN Chempaka: 55 peratus keluar mengundi - SPR
SPR menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
![PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71427015470_295x200.jpg)
PRK DUN Chempaka: Pusat mengundi ditutup, keputusan dijangka 9.30 malam
Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini.
![Calon PAS dicabar empat calon Bebas di PRK DUN Chempaka Calon PAS dicabar empat calon Bebas di PRK DUN Chempaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71425977636_295x200.jpg)
Calon PAS dicabar empat calon Bebas di PRK DUN Chempaka
PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.
![Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425863080_295x200.jpg)
Ahmad Fathan Mahmood calon PAS PRK DUN Chempaka
Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, calon parti PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan.