SHAH ALAM: Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.
Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Shafie Taib di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, pagi tadi, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Ia menyaksikan bermula hari ini Selangor ditadbir oleh kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN kelak.
Selangor mengikuti Kelantan yang telah membubarkan DUN semalam, diikuti Pulau Pinang serta Kedah dijangka pada 28 Jun, Negeri Sembilan pula dua hari kemudian, manakala Terengganu belum memuktamadkan tarikh pembubaran DUN ketika tempoh akhir penggal akan tamat pada 30 Jun.
Selangor mempunyai 56 DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 51 kerusi meliputi PKR (21), DAP (16), Amanah (lapan) dan Bersatu (enam).
Barisan Nasional (BN) dan PAS pula masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia.
Tiga daripada kerusi tersebut berjaya dipertahankan PH, manakala kerusi Semenyih berjaya dirampas BN.
Ekoran Langkah Sheraton, kerajaan PH Selangor pada 5 Mac 2020 bertindak menyingkirkan Bersatu daripada gabungan itu, menyebabkan mereka kehilangan lima kerusi milik Bersatu yang dimenangi pada PRU-14.
Selain itu, tiga bekas ADUN yang dipecat dari PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa); Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia) dan Haniza Mohamed Talha (Ampang Jaya) serta ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi yang keluar dari parti itu juga turut menyertai Bersatu.
Namun pada tahun lepas, Haniza dan Dr Daroyah telah mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Bilangan kerusi Bersatu semakin mengecil apabila ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin meninggalkan parti itu dengan menjadi wakil rakyat bebas, manakala ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADUN Batang Kali Harumaini Omar menyertai parti Pejuang.
Pada 16 Feb lepas, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali diisytiharkan kosong ekoran penyandangnya Harumaini, tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan. Bagaimanapun, tiada pilihan raya kecil diadakan berikutan pengisytiharan tersebut.
Keadaan politik di Selangor tambah menarik apabila dua ADUN Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, masing-masing mewakili DUN Meru dan Sabak membuat kejutan dengan menyertai PKR, sekutu mereka di dalam PH.
Selain itu, kerusi DAP di Selangor turut berkurangan apabila ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti untuk bergerak sebagai wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan.
Mengikut parti politik, komposisi DUN Selangor sebelum dibubarkan terdiri daripada 19 wakil PKR, DAP (15), Amanah (enam), BN (lima), Bersatu (empat) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas selain satu kerusi diisytiharkan kosong.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
![DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687515959_TBBUBARDUNSGOR.jpg)
Sepanjang penggal ini, Selangor telah menyaksikan empat PRK diadakan iaitu di DUN Sungai Kandis; Balakong; Seri Setia dan Semenyih berikutan penyandang kerusi dari PH meninggal dunia. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687934434_MohamadAzleeAhmad.jpg)
SPR terima watikah pembubaran DUN Kedah
Watikah itu diterima Pengarah SPR Kedah Aldrina@Mimi O.P. Andu yang diserahkan Setiausaha DUN Kedah Mohamad Azlee Ahmad di Wisma Darul Aman.
![DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687515959_TBBUBARDUNSGOR.jpg)
DUN Selangor bubar, gelanggang PRN dibuka
Gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah dipalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 25 Jun ini.