Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin menzahirkan rasa terkilan, selepas menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin PKR yang mendakwa beliau melakukan kesalahan, ketika Kongress AMK tahun lepas.
Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh itu berkata beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
"Saya tidak pasti siapa yang dapat surat, saya pun tidak boleh nak cakap...pada saya yang dapat surat ini semua adalah anggota PKR. Saya sedang berhubung dengan rakan-rakan yang lain untuk mengenal pasti berapa ramai yang menerima surat ini.
"Saya perlu berbincang dengan rakan-rakan lain untuk melihat pertuduhan yang dikenakan Lembaga Disiplin terhadap saya dan rakan-rakan kerana kami diberi 14 hari untuk menjawab surat berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Baharu Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow, di sini malam tadi.
Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Ahmad Kasim itu, Dr Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh Melaka pada 6 Dis tahun lepas, dengan tujuan untuk membatalkan kongres tersebut.
BACA: Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis
BACA: Anwar mohon maaf, kesal atas kekecohan di Kongres AMK
Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang berkata ini adalah kali pertama perkara itu dibangkitkan malah sebelum ini tiada sebarang komunikasi, yang mengatakan beliau melakukan apa-apa kesalahan sejak dari kongres itu sehingga semalam.
Menurutnya, beliau tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan parti dan kehadirannya ke kongres itu hanya sebagai pemerhati, yang telah diberikan pelepasan oleh sekretariat parti.
"Jadi, saya diberi tuduhan oleh Lembaga Disiplin, saya pun tidak tahu apakah motifnya dan siapakah yang melakukan aduan... saya tidak tahu dan soalan ini harus ditujukan kepada parti dan Lembaga Disiplin parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 20 2020

Dr Afif ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jersi Baharu pasukan Bola Sepak Pulau Pinang oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow di George Town malam tadi. --fotoBERNAMA

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.