Dewan Ulama PAS Pusat hari ini menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Berucap di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan pada program Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2, Pemangku Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yaakob berkata, ia adalah bagi memastikan 'anasir-anasir perosak' itu tidak lagi mengambil kesempatan daripada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Tegasnya ia menjadi satu kesalahan bagi ahli-ahli PAS yang menyertai PasMa buat apa pun jawatan yang disandangnya.
"Merujuk kepada NGO PasMa yang secara terang-terangan masih bergiat aktif sedangkan Majlis Syura termasuklah Presiden PAS sendiri telah mengeluarkan arahan kepada mana-mana ahli PAS agar tidak terlibat dengan NGO ini, jelas ia adalah satu usaha untuk merosakkan PAS dan menghancurkannya dari dalam serta memecah-belahkan PAS.
"Ini dapat disaksikan apabila banyaknya kenyataan-kenyataan ahli PasMa jelas menyerang dan melanggar dasar PAS bahkan yang lebih teruk lagi mereka mengeluarkan kata-kata menghina ulama dan Presiden PAS sendiri," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.
Jelas beliau, antara serangan yang dibuat oleh NGO tersebut termasuklah serangan terhadap Enakmen Jenayah Syariah II atau Hudud, serta gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, katanya kini telah wujud 'pemikiran songsang' di antara mereka yang telah menyertai PasMa yang antaranya bersetuju dengan ajaran liberalisme atau Islam liberal.
"Ini sebenarnya telah wujud apabila suara-suara untuk mengetepikan perlaksanaan syariat Islam demi mencapai kemenangan dalam pilihan raya menjadi inti ucapan mereka.
"Aliran pemikiran tajaan barat ini dilihat bertapak dalam PAS yang membuatkan sebilangan anggota PAS telah tersasar matlamat sebenar perjuangan Islam iaitu mendaulatkan syariat Allah SWT," kata Ahmad lagi.
Dalam pada itu, katanya Dewan Ulama PAS tetap bertegas akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan sambil memastikan ianya juga dilaksanakan di Malaysia.
Katanya, penghakiman yang berlaku terhadap keputusan liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlandaskan prinsip keterangan undang-undang jenayah Islam.
"Maka sudah sampai masa rakyat dan negara kita kembali kepada prinsip perundangan Islam dan kaedah keterangan undang-undang jenayah Islam," ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa betapa pentingnya untuk hudud dilaksanakan di negeri Kelantan dan ianya patut disokong oleh semua pihak termasuk sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.
Haider Yutim
Sat Feb 21 2015

Dewan Ulama PAS menggesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin dan ahli PasMa. - Foto Facebook Dewan Ulama PAS
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Esok raya, kerajaan Kelantan ubah tarikh cuti peristiwa
Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju mengubah hari kelepasan am atau cuti peristiwa yang diumumkan sebelum ini pada 5 Mei, Khamis kepada 4 Mei iaitu Rabu.

Sidang DUN Kelantan akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Muhammad V
Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadual pada 23 Ogos ini akan dirasmikan tanpa keberangkatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.

Belum pernah berlaku kerajaan negeri disaman berkaitan tanah Orang Asli - MB Kelantan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri di saman oleh kerajaan Persekutuan kerana Tanah Adat Orang Asli di pedalaman Kelantan.

Kelantan jalankan kajian terperinci perintah berkurung remaja
Selain itu Kelantan bersedia hadkan masa operasi kedai lewat malam yang disifatkan mendorong remaja keluar malam.

Kelantan kekal bawah Pas, Ahmad Yaakob angkat sumpah MB
Ini menjadikan Kelantan negeri pertama tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Pas alu-alukan Amanah bertanding kerusi diwakilinya - Takiyuddin
Pas hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili Pas, pada pilihan raya umum akan datang.

Tiada sekatan untuk ahli PasMa bertanding JK PAS Pusat
Ahli PAS yang menganggotai PasMa atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan bertanding pada pemilihan parti itu Jun nanti.

Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori.

Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi
Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.