Muktamar Dewan Pemuda Pas ke 59 yang menutup tirai persidangan dua harinya di sini malam tadi, menyokong usul kerjasama secara ta'awun dengan parti lain termasuk UMNO demi menjaga kesejahteraan dan kepentingan rakyat serta Islam di negara ini.
Usul lain yang akan dibawa ke Muktamar Tahunan Pas ke 64 pada Sabtu dan Ahad ini di sini ialah Pas perlu mengukuhkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera dan mengiktiraf mereka sebagai kuasa semak dan imbang pentadbiran Pas.
Ketua Dewan Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam sidang media selepas muktamar itu berakhir, menegaskan kerjasama berkenaan bukan perkara baharu dalam Pas malah telah banyak dilaksanakan dengan parti lain terutama yang berkaitan Islam, Melayu dan rakyat.
"Apa yang kita persetujui dalam parti adalah ta'awun iaitu tolong menolong dan kerjasama yang melibatkan Islam, Melayu dan rakyat.
"Hingga pernah suatu ketika dulu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri keempat membawa usul mengenai penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam di Bosnia (Herzegovina) dan Palestin, kita (Pas) menyokong, jadi sekarang ini sama lah juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 14 2018

Mohd Khalil menyampaikan ucapan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Ke-59, 13 Sept, 2018. --fotoBERNAMA / Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

Pas jangka sokongan terhadap Pakatan Harapan akan terus merosot
Menurut Tuan Ibrahim, perkara itu berdasarkan beberapa indikator yang sehingga kini masih gagal diatasi PH selepas lebih setahun mentadbir negara.

PRK PD: Penting untuk semua pemimpin utama PH berada dalam kerajaan - Amanah
Mohamad Sabu berkata Anwar berhak bertanding dan Amanah menyokong pengumuman pemimpin tertinggi PKR itu.

Muktamar riuh dek usul Pas-UMNO
Perwakilan Kota Raja mengusulkan desakan kepada Pas Pusat supaya menentukan rakan politik menerusi kaedah tahaluf dan bukannya ta'wun yang terlalu anjal.

Dewan Pemuda Pas sokong kerjasama secara ta'awun dengan parti lain
Usul lain yang akan dibawa ialah Pas perlu mengukuhkan kerjasama politik dalam Gagasan Sejahtera dan mengiktiraf mereka sebagai kuasa semak dan imbang pentadbiran Pas.

Inilah harinya!
Sebelas hari sebelum ini, semua calon termasuk yang bertanding atas tiket Bebas telah bertemu pengundi dan berkempen.

"Rapatkan saf, kita dah nak 'terbang' ..."
Secara tradisinya, Pas suka mengetengahkan idea wau bulan dengan bendera Pas paling besar sebagai lambang 'penerbangan ke bulan' yang diperjuangkan selama ini.

Kos sara hidup: Manifesto siapa lebih dekat di hati?
Parti bertanding sedar dan akur bahawa kos sara hidup itu isu yang perlu ditangani sebaik mungkin atau mereka mungkin akan dihukum seberat-beratnya oleh rakyat.

Hadi Awang samakan anak pemimpin Pas keluar parti seperti anak Nabi Nuh
Tuan Guru Hadi Awang menyamakan anak-anak bekas pimpinan Pas yang keluar parti itu seperti kisah anak Nabi Nuh yang berpaling daripada bapanya.

Pas, Berjasa bertembung di kerusi parlimen Cameron Highlands, DUN Batu Kurau
Difahamkan Berjasa kecewa kerana parti itu hanya diberikan di kawasan majoriti pengundi Cina manakala Pas membolot semua kerusi yang majoritinya pengundi Melayu.