Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyelar tindakan sesetengah pihak yang memainkan isu bahawa tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani Deklarasi Rakyat hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN).
Kata Mukhriz apa yang lebih penting untuk difahami adalah amalan demokrasi negara ini tidak mengizinkan Parti Pembangkang merampas kuasa dari BN tanpa melalui proses pilihan raya.
TONTON: Deklarasi Rakyat wakili suara rakyat Malaysia, bukan mana-mana parti - Tun M
TONTON: 4 tuntutan Deklarasi Rakyat dibaca Tun Mahathir
Berikut adalah intipati kenyataan Mukhriz dari akaun Facebook Mukhriz Mahathir FC:
1. Perlu difahami bahawa matlamat yangg satu yang dipelopori oleh Tun Mahathir dan semua yang menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar Datuk Seri Najib undur sebagai Perdana Menteri. Tiada langsung niat untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah ketika ini.
2. Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun M ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru; dari kalangan Ahli-Ahli Parlimen BN, bukan dari Pembangkang.
3. Kalau ikut logik, Pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan Rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total. Tapi sebaliknya, Pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan.
4. Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila Parti Pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.
5. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa Rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN. Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan Pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun M.
6. Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14. Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya. Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. "Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat". Itu yang kedengaran rata-rata di kalangan Rakyat sekarang.
Astro Awani
Sun Mar 06 2016
Mukhriz perjelas matlamat Deklarasi Rakyat bukan untuk memenangkan Pembangkang.
Ukraine rayu Malaysia hulur bantuan kemanusiaan
Kuasa Usaha Ukraine di Malaysia, Denys Mykhailiuk, merayu kepada Malaysia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaannya.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas insiden di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 November lalu.
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
Amaran hujan berterusan tahap buruk hingga 23 Nov
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 November ini.
AWANI Ringkas: Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk hingga 23 Nov
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
20 juta mangsa, jambatan runtuh, misi bantuan sukar – Mercy
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh lebih sedikit daripada sebulan, yang telah menyebabkan laluan hubungan darat terputus dan menyukarkan misi bantuan.
Amalan perniagaan tidak adil, India denda Meta USD25.4 juta
India mendenda Meta kira-kira USD25.4 juta kerana amalan perniagaan tidak adil yang melibatkan perkongsian data pengguna merentas platform media sosial dibawah syarikat induk berkenaan.
Kilang kelapa sawit disaran guna teknologi AI - Johari
Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit.
MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" pada Rabu.
Tiada ahli GISB sertai program pemulihan secara sukarela di Pulau Pinang
Tiada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Pulau Pinang dilaporkan tampil secara sukarela untuk menyertai program pemulihan khusus yang disediakan di Kompleks Darul Hidayah di Nibong Tebal.
Deklarasi Rakyat bukan untuk jatuhkan BN - Mukhriz Mahathir
Amalan demokrasi negara tidak mengizinkan Parti Pembangkang merampas kuasa dari BN tanpa melalui proses pilihan raya.