Demikian antara janji yang dinyatakan tiga daripada empat calon PRK Cameron Highlands ketika mengambil bahagian dalam Debat AWANI edisi khas anjuran bersama anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) malam tadi.
Tampil berjiwa petani dengan bertopi dan berkasut but petani, calon bebas Wong Seng Yee berpendapat tanah orang asli perlu diwartakan demi menjaga kepentingan orang asli.
Bagi seorang lagi calon bebas, Salehuddin Ab Talib, isu pembangunan sosio-ekonomi perlu diberi penekanan dalam kalangan masyarakat orang asli.
Calon Pakatan Harapan, M. Manogaran pula mahu orang asli bersama-sama dengan rakyat dalam membangunkan negara dan ini dianggap sebagai satu cara memberi penghormatan kepada mereka.
Sementara itu, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor tidak menyertai debat ini, dipercayai susulan kejadian Senator PH Bob Manolan yang dilaporkan pernah mengugut ketua kampung orang asli.
Debat bertajuk 'Apa perubahan yang diperlukan Cameron Highlands' tersebut julung-julung kali diadakan dalam sejarah pilihan raya negara.
Moderatornya ialah felo kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Faisal S. Hazis.