KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Pahang tidak akan tergugat dengan kehadiran calon Bebas yang dikatakan akan merebut kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.
Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kemasukan calon Bebas disifatkan kurang memberi saingan berbanding calon yang memiliki jentera dan parti.
Menurutnya, namun sesiapa sahaja berhak untuk menyertai pilihan raya dan menjadi calon bertanding.
"Realiti dalam negara kita pada hari ini, mana-mana calon masuk atas tiket Bebas ditolak oleh rakyat.
"Rakyat masih lagi melihat kekuatan calon berdasarkan pakatan mereka. Jadi, PN buat masa ini tidak rasa tergugat dengan kemasukan calon Bebas," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada 29 Ogos lalu, Presiden Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli menjadi individu pertama menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas selepas mendapatkan borang pencalonan di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang.
Beliau berkata, keputusan untuk bertanding di kerusi terbabit kerana mahu membawa suara anak Pahang perlu didengar dalam DUN.
Mengulas lanjut, Mohd Tarmizi menjelaskan pengalaman pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini jelas menunjukkan sebahagian besar calon bebas tidak boleh diterima rakyat.
Jelasnya, malah ia dapat diterjemahkan dalam PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang secara terangan menolak calon bebas.
"Kalau kita lihat sebahagian besar mereka (calon bebas) kehilangan deposit dalam pilihan raya.
"Kita masih lagi yakin mood yang sama diterjemahkan juga dalam PRK di Pelangai," ujarnya.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.
Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
![PN tidak tergugat kemasukan calon Bebas di PRK Pelangai PN tidak tergugat kemasukan calon Bebas di PRK Pelangai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694323220_Tarmizi.jpg)
Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kemasukan calon Bebas disifatkan kurang memberi saingan berbanding calon yang memiliki jentera dan parti. - Gambar/ Sinar Harian
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713677107_MuhyiddinYassinPN.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
![Mohamad Hanifah dilantik ketua pembangkang PN Negeri Sembilan baharu Mohamad Hanifah dilantik ketua pembangkang PN Negeri Sembilan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711077140_TBMohamadHanifah.jpg)
Mohamad Hanifah dilantik ketua pembangkang PN Negeri Sembilan baharu
Pelantikan itu selaras dengan jawatan Mohamad Hanifah sebagai pengerusi PN negeri.
![PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709956971_MuhyiddinYassin.jpg)
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
![Mahkamah Syariah: PN tubuh jawatankuasa khas untuk beri cadangan - Muhyiddin Mahkamah Syariah: PN tubuh jawatankuasa khas untuk beri cadangan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707977492_PNmesyuaratMT.jpg)
Mahkamah Syariah: PN tubuh jawatankuasa khas untuk beri cadangan - Muhyiddin
Usaha itu dilakukan bagi mencadangkan tindakan susulan untuk memperkasakan kedudukan perundangan syariah dan memelihara kepentingan umat Islam.
![Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706932327_TBHamzahZainudin.jpg)
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
![Pas ucap Selamat Hari Krismas Pas ucap Selamat Hari Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703400073_TBTAKIYUDIN.jpg)
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.
![UMNO Johor dedah PN giat pujuk Ahli Parlimen UMNO UMNO Johor dedah PN giat pujuk Ahli Parlimen UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701774049_UMNOJohor.jpg)
UMNO Johor dedah PN giat pujuk Ahli Parlimen UMNO
UMNO Johor mendedahkan Perikatan Nasional (PN) kini sedang giat memujuk ahli Parlimen parti itu untuk menyokong mereka.
![Sokong PM: ‘Harap empat Ahli Parlimen tarik balik sokongan - Ahmad Fadhli Sokong PM: ‘Harap empat Ahli Parlimen tarik balik sokongan - Ahmad Fadhli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697272543_TBAhmadFadhli.jpg)
Sokong PM: ‘Harap empat Ahli Parlimen tarik balik sokongan" - Ahmad Fadhli
Mengakui kecewa dengan tindakan itu, beliau berkata tindakan itu adalah tindakan individu dan tidak boleh dikaitkan dengan parti.
![UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699075456_ahmadmaslan.jpg)
UMNO tidak terlibat tarik sokongan Ahli Parlimen PN - Ahmad Maslan
UMNO tidak terlibat sama sekali menarik sokongan dua ahli Parlimen daripada PN untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.