SEREMBAN: DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan dan menghormati institusi diraja seperti termaktub dalam Perlembagaan, kata Setiausaha Agungnya Anthony Loke.
Loke berkata DAP seringkali dilabelkan antiraja kerana dasar parti itu yang tidak menerima darjah kebesaran dianugerahkan oleh institusi diraja, bagaimanapun DAP tidak menolak penganugerahan itu sekiranya terdapat pemimpin bersara dalam politik dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.
"Kita (DAP) selalu dimomokkan dengan perkara itu (dilabel antiraja), dasar kita tidak menerima darjah kebesaran, ia tidak tepat sama sekali, kita tidak pernah bersikap melawan raja, tetapi dasar kita tidak menerima darjah kebesaran itu ditakrifkan sebagai melawan raja, saya jelaskan ia tidak betul," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP kali ke-22 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta wakil parti Kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, Loke menyeru semua parti politik di negara ini untuk tidak mengamalkan politik ekstrem dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk.
Beliau berkata DAP tidak memusuhi mana-mana agama dan kaum di negara ini, namun menjadi kebimbangan apabila sentimen agama dan kaum digunakan sesetengah pihak ia akan menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.
"Ini sangat bahaya, seperti di Parlimen, kita dilabelkan sebagai kafir, itu sesuatu yang tidak patut, saya yakin rakan-rakan pemimpin Islam tidak bersetuju (perkara itu). Itu sesuatu yang sangat bahaya, Malaysia mesti kekal aman harmoni," katanya.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata kerjasama parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah berlandaskan prinsip Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan ia satu hubungan yang baik bagi memastikan pentadbiran di negara ini berjalan lancar dengan harmoni.
Beliau berkata kenyataan MCA bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk MCA dan DAP menjalinkan kerjasama menyeluruh adalah pandangan pemimpin parti itu, namun pihaknya fokus dalam memastikan persefahaman yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.
"Kita tidak melihat terhadap individu dalam parti, PH dan BN mempunyai hubungan baik. Kenyataan tersebut adalah pandangan masing-masing, MCA merasakan susah untuk berkerjasama itu pandangan mereka, ia tak menjejaskan hala tuju perjalanan kerajaan hari ini," katanya.
Semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-59 berkata bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk kerjasama menyeluruh antara MCA dan DAP, namun kedua-dua pihak boleh mengekalkan kerjasama dalam isu tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Loke berkata DAP seringkali dilabelkan antiraja kerana dasar parti itu yang tidak menerima darjah kebesaran dianugerahkan oleh institusi diraja. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.