KUALA LUMPUR: Persidangan Tahunan DAP 2023 mencipta sejarahnya tersendiri apabila parti itu buat pertama kalinya menjemput rakan sekutunya daripada Barisan Nasional (BN) terdiri daripada UMNO dan MCA untuk hadir pada persidangan yang akan diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya Ahad ini.
Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu turut dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, setakat ini pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada pemimpin ataupun wakil mengenai kehadiran mereka.
“Ada yang dah jawab ada yang belum, saya belum dapat sahkan kehadiran dan maklumat terkini mengenainya, tapi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun kita jemput,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP, Jalan Yew pada Isnin, yang turut dihadiri Naib Pengerusi DAP Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim
Jelas Steven, ini adalah persidangan pertama parti itu selepas membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.
“Untuk makluman cawangan yang layak untuk hantar wakil adalah sebanyak 1,530 seluruh negara melibatkan 3,868 perwakilan dan terdapat pertambahan berbanding kongres DAP September tahun lalu.
“Semua ahli Parlimen, ADUN dan Senator merupakan wakil dalam persidangan selain kehadiran perwakilan peringkat cawangan,” katanya
Tambahnya, notis menghadiri persidangan berkenaan telah dihantar ke setiap cawangan manakala korum kehadiran bagi melayakkan persidangan diadakan adalah sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan perwakilan.
“Antara perkara yang dijangka dibincangkan dalam persidangan ini adalah hala tuju dan dasar parti, perancangan ekonomi selepas DAP bersetuju bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH)-BN,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai slogan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh parti itu, Steven menegaskan sekali lagi bahawa ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negara.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, perjuangan menerusi slogan itu adalah untuk memartabatkan rakyat Malaysia di negara ini.
“Saya rasa perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung (Anthony Loke) dan sebenarnya konsep ini tidak bercanggah Perlembagaan negara, kalau Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia, Malaysia untuk siapa?
“Jadi saya rasa Setiausaha Agung juga dah jelaskan kalau ada ahli membangkitkan soal dasar dan perjuangan parti itu dalam persidangan akan datang, itu adalah ruangnya dan ahli parti bebas untuk bangkit hal tersebut,” katanya
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan tiada keperluan untuk partinya menggugurkan slogan 'Malaysian Malaysia' seperti didesak sesetengah pihak.
Anthony berkata, prinsip itu juga telah dijelaskan dan dipersetujui secara bersama sebelum Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar dibentuk sebelum ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023

Steven Sim Chee Keong (tiga, kiri) berkata, selain BN, jemputan bagi menghadiri persidangan itu turut dihantar kepada semua parti di dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar/ Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ahmad Zahid cipta sejarah, hadir Persidangan Tahunan DAP
Persidangan Tahunan DAP 2023 melakar sejarah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri persidangan itu buat kali pertama.

DAP cipta sejarah jemput BN hadiri persidangan
DAP akan mengadakan Persidangan Kebangsaan 2023 Ahad ini (10 Sept), yang pertama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan.