Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan bekas pemimpin parti itu, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pas ada menerima wang daripada pemimpin UMNO tertentu, sebagai kebudak-budakan.
Beliau secara sinis berkata tiada mana-mana parti yang sanggup memberi wang kepada parti lain yang akan menentangnya pada pilihan raya.
“PRU (Pilihan Raya Umum ke-14) ini Pas akan bertanding di kawasan UMNO bukan kawasan DAP. UMNO bagi duit untuk kita lawan dia? Ini adalah hujah orang yang jual ubat, politik jual ubat.
“Jadi kita nafilah. Kita ada kes saman mengenai isu RM90 juta (terhadap laporan portal Sarawak Report). Insya Allah kita akan menang (kes saman) dan sudah ada orang tengah yang pujuk kita untuk tarik balik saman itu,” katanya dalam sidang media selepas Program Town Hall Mega 2018 di sini Sabtu malam.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz dalam satu program ceramah di Padang Serai, Kedah, baru-baru ini, bahawa terdapat tiga pemimpin Pas Terengganu menerima sejumlah wang daripada pemimpin UMNO tertentu yang dimasukkan melalui akaun amanah Pas pada Mac lalu.
Mahfuz yang mengumumkan keluar dari Pas pada 31 Dis lepas dan menyertai Parti Amanah Negara, dilaporkan turut mendakwa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat atau Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat.
Abdul Hadi sebelum ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Pas menerima RM90 juta daripada perdana menteri.
Ditanya sama ada beliau akan menyaman Mahfuz berhubung dakwaannya itu, Abdul Hadi menjawab: "Kita rasa bodoh kalau kita layan… kita terima duit UMNO untuk lawan UMNO, cerdik ke tu”.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan mencabar Mahfuz supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya merasakan dakwaannya itu benar.
“Kalau dia rasa apa dia katakan itu betul dan ada unsur-unsur rasuah, saya cabar dia buat report kepada SPRM. Bukan kita kena nafikan tetapi dia kena buktikan…ini dakwaan tidak benar,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 08 2018
Abdul Hadi sebelum ini memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada perdana menteri. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.