Tun Dr Mahathir Mohamad sedikitpun tidak 'berminat' terhadap kedua-dua calon yang bakal merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat kali ini, sama ada Hillary Clinton dan Donald Trump.

"Kedua-duanya sama-sama teruk. Namun, jika anda meminta saya membuat pilihan, tentunya Clinton.

"Trump ialah sebenar-benar wildcard (sukar diramal). Kita tidak tahu apa yang akan dia lakukan.

"Inilah masalah di sana (AS), meskipun menjadi negara yang ‘mentadbir’ dunia, mereka seolah-olah tidak mampu memilih pemimpin-pemimpin yang bagus,” ujar bekas perdana menteri itu selepas menghadiri majlis memperkenalkan 19 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Putrajaya.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai ‘perlumbaan’ ke White House antara calon Demokratik, Clinton, dan pesaingnya calon Republikan, Trump.

Pemilihan Presiden AS akan berlangsung pada 8 November nanti.