Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa, Lim Kit Siang cukup takut status diktatornya dalam DAP hilang jika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu diadakan semula.
Oleh sebab itu Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, Kit Siang sukar menerima arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) supaya DAP mengadakan semula pemilihan tersebut.
"Dia takut statusnya sebagai seorang diktator DAP hilang, sebab itu dia seperti takut untuk berbuat demikian.
"Kit Siang perlu menerima hakikat bahawa pemilihan CEC pada 29 September 2013 adalah tidak sah.
"Jika DAP ikut demokrasi, kena buat semula, tapi saya rasa Kit Siang takut sebenarnya, sebab itu dia serang ROS," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: DAP perlu adakan pemilihan semula jika betul telus - Mah
BACA: DAP tunggu surat rasmi RoS, pertemuan akan dibuat secepat mungkin
Kelmarin, Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Tambah Syed Ali, DAP sepatutnya mencontohi UMNO dengan mengadakan semula pemilihan parti apabila diarahkan berbuat demikian.
"Kalau sudah tidak sah, kena buat semula seperti arahan ROS, apa yang dia takut sangat, barangkali takut status diktatornya hilang.
"Dia kena terima hakikat ROS kata buat pemilihan semula, dia kena buat pemilihan semula. Sama seperti UMNO dulu," jelasnya.
BACA: ROS profesional, ikut peraturan - TPM
BACA: Pemilihan semula CEC DAP: Azmin kecewa, dakwa wujud tangan-tangan politik
Pendaftaran UMNO pernah dibatalkan pada tahun 1987 ekoran perebutan jawatan presiden parti membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Kita (UMNO) disuruh buat pemilihan semula kita buat, sebab UMNO berpegang kepada prinsip demokrasi," katanya.
Menurutnya, anggapan ROS sebagai mengarut oleh Kit Siang amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh pemimpin politik veteran itu.
Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar tindakan DAP yang menyerang ROS serta menyalahkan kerajaan berhubung perkara tersebut.
"Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
"Kit Siang ini hanya pandai bercakap sahaja, bila kena pada muka sendiri dia cakap lain dan macam-macam," ujarnya.
Syed Ali turut menyangkal dakwaan DAP kononnya UMNO telah mempengaruhi ROS berhubung pembatalan pemilihan tersebut.
"Kenapa pula UMNO hendak mempengaruhi ROS, dulu pun pendaftaran UMNO dibatalkan dan kita tidak ada masalah untuk mengadakannya semula," tegasnya.
Syed Ali turut mengingatkan ahli UMNO di peringkat akar umbi supaya sentiasa kukuh dan mengekalkan semangat perpaduan.
Katanya, jika akar umbi tidak kukuh ianya akan memberi kesan kepada peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pusat.
"Akar umbi kena kukuh, lagipun musuh cuba hancurkan UMNO daripada dalam, ini kita kena berwaspada," tegasnya.
Astro Awani
Sun Jul 09 2017

Syed Ali mendakwa Kit Siang (gambar) cukup takut status diktatornya dalam DAP hilang jika pemilihan CEC parti itu diadakan semula. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.