KUALA LUMPUR: Dijulang sebagai negarawan yang tiada galang ganti, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman disifatkan sebagai tokoh sebenar yang berhemah tinggi, berintegriti, tegas, sangat ikhlas dan sedia untuk menyumbang tenaga dan khidmat bakti demi negara pada sebilang masa.
Bekas pegawai pengiring mantan Timbalan Perdana Menteri itu Datuk Seri Noordin Omar berkata ia jelas terbukti dengan peranan Dr Ismail yang dijulang sebagai antara wira dalam mengembalikan keharmonian antara kaum pascarusuhan 13 Mei yang menggemparkan seluruh negara pada ketika itu.
Beliau berkata ketika saat genting tragedi berdarah itu pada 1969, Dr Ismail sudah pun dua tahun bersara daripada jawatannya selaku Menteri Dalam Negeri akibat masalah kesihatan.
"Doktor memang nasihat beliau (Dr Ismail) kurangkan aktiviti dan banyakkan berehat, namun pascatragedi 13 Mei itu, keadaan di dalam negara tidak harmoni dan pada saat itulah saya sendiri menyaksikan Tun (Dr Ismail) secara sukarela kembali berkhidmat di dalam Kabinet sebagai Menteri Dalam Negeri bagi membantu usaha mengembalikan keamanan di dalam negara.
"Biarpun kesihatannya tidak begitu baik, Tun tetap melangkah menabur khidmat kepada negara, saya lihat bagaimana Toh Puan Norashikin Mohd Seth (isteri Dr Ismail) merestui, memberi sokongan penuh terhadap tekad suaminya menjalankan tanggungjawab kepada negara," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijadual mengadakan satu program bagi memperingati jasa Dr Ismail sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Program itu yang akan dilaksanakan di Dataran Merdeka di sini pada 2 Ogos ini, bertujuan mendidik generasi muda mengenai sumbangan negarawan itu dalam membangunkan negara ini.
"Ia bukan sekadar memperingati beliau tetapi jasa dan bakti beliau dalam usaha pembentukan sebuah negara bersama dengan tokoh besar tanah air dan ini kita harap jadi satu penghormatan kepada usaha Allahyarham agar generasi baharu tidak lupa bahawa negara kita ramai pejuang yang telah berusaha," kata menteri berkenaan Fahmi Fadzil baru-baru ini.
Noordin, 86, yang menamatkan perkhidmatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1992 dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Polis Perak menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang tegas, namun cukup prihatin berkaitan kebajikan orang di sekelilingnya dan amat menghormati masa.
"Beliau amat pantang sesiapa sahaja sama ada kakitangan mahupun kenamaan yang sudah membuat janji temu untuk berjumpanya tetapi tidak menepati masa. Pernah suatu masa ada seorang pegawai pelancong dari negara Eropah nak bertemu Tun, namun kerana mereka lewat 10 minit tiba di pejabat Tun, beliau enggan bertemu mereka.
"Integriti dan ketegasan Tun juga menyebabkan saya lihat tiada mana-mana pihak yang berani mengambil kesempatan atas kedudukannya, malah mereka semua saya kira pada ketika itu sudah pun menjulang Tun sebagai incorruptible minister," katanya.
Menyingkap sisi lain Dr Ismail, Noordin berkata negarawan itu mempunyai sifat kemelayuan yang amat tinggi dan tidak pernah sesekali melupakan asal usulnya sebagai orang Melayu dari Johor.
Beliau berkata selain peribadi yang cukup sopan santun, Allahyarham cukup menggemari muzik irama asli, menghargai nilai budaya Melayu serta mencintai makanan Melayu.
"Bagi Tun, bangsa tanpa budaya itulah kedaifan yang sebenar... ketika dalam pentadbiran, Tun kerap memperjuangkan Melayu yang ketika itu dianggap ketinggalan berbanding bangsa lain terutamanya dalam aspek ekonomi melibatkan golongan Melayu di perkampungan dan luar bandar," katanya.
Menurut Noordin, Dr Ismail juga merupakan seorang bapa yang amat penyayang dan ia jelas dapat dilihat menerusi gaya Allahyarham membesarkan enam orang cahaya matanya di sebalik kesibukan sebagai pemimpin negara.
"Tun suka berenang, suka main golf, tetapi itu semua jika ada kelapangan, biasanya selesai kerja, Tun akan terus pulang ke rumah dan bermain dengan anak-anaknya. Saya masih ingat lagi melihat beliau begitu mesra melayan kerenah Tawfiq, Zailah, Badariah, Tarmizi, Zaman dan Ariff selepas pulang dari kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Potret sejarah tokoh Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang dipamerkan di Memorial Negarawan. - Foto BERNAMA
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas akibat banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak, dan Selangor.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Tun Dr Ismail tokoh majukan orang Melayu, tanpa abai bukan Melayu - Jeniri
Tun Dr Ismail merupakan pemimpin unggul yang berpandangan ke hadapan dan sangat menekankan soal keadilan serta kesaksamaan sosial.
Kursi Tun Dr Ismail diwujudkan di UKM - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk mewujudkan Kursi Tun Dr Ismail di UKM sebagai menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran Allahyarham.
Agong seru rakyat hayati, teladani ketokohan negarawan Tun Dr Ismail
Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat khususnya para pemimpin menghayati dan meneladani ketokohan serta jasa negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam membangunkan negara.
Pameran khas papar kehidupan Tun Dr Ismail di Dataran Merdeka Rabu ini
Pameran dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Arkib Negara itu akan membolehkan orang ramai melihat sendiri koleksi peribadi Tun Dr Ismail.
Bulan Kebangsaan: Tun Dr Ismail negarawan berintegriti, ikhlas bekerja demi negara
Dijulang sebagai negarawan yang tiada galang ganti, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman disifatkan sebagai tokoh sebenar yang memberi khidmat bakti demi negara pada setiap masa.
Jangan pandang mudah integriti di tempat kerja
Hari ini kita meraikan sambutan Hari Pekerja. Malaysia merupakan antara puluhan negara yang meraikan Hari Pekerja atau yang turut dikenali sebagai Hari Buruh.