UMNO tidak mempunyai ramai ahli berperwatakan seperti bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang lantang memberikan pandangan dalam usaha untuk memperbaiki parti Melayu tertua itu.
Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berpandangan, keseluruhan parti itu sepatutnya berubah supaya lebih terbuka dan inklusif sebagai usaha menunjukkan UMNO sedang melakukan perubahan.
Katanya, UMNO perlu serius jika benar-benar mahu berubah dan tidak bergantung kepada individu-individu tertentu.
"Tidak lama lagi akan ada perhimpunan agung UMNO. Pada masa ini kita akan lihat dan tahu sama ada adakah UMNO betul-betul mahu berubah dan adakah ia menjadi kehendak parti.
"Dalam perhimpunan itu nanti, kita akan lihat bahagian-bahagian dalam UMNO, ketua bahagian dan ahli jawatan kuasa yang datang ke pusat akan menyatakan hasrat mereka. Sekiranya akar umbi meminta supaya perubahan dilakukan, pihak pengurusan perlu memandang serius dan tidak mengambil tindakan terhadap ahlinya yang membuat teguran. Ini tidak baik untuk perubahan terhadap UMNO supaya mereka lebih relevan lagi," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan lebih ramai watak KJ dalam parti itu sebagai usaha menunjukkan UMNO kini sudah berubah.
BACA: 'UMNO perlu ramai watak seperti Khairy'
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO 2018 ditetapkan pada 29 dan 30 September ini.
Dalam pada itu, Abdul Halim mengakui bukan mudah untuk UMNO berubah kerana selama lebih 60 tahun, mereka sudah sebati dengan cara operasi dan budaya tertentu seperti yang diamalkan sebelum ini.
"Jika UMNO benar-benar hendak berubah, kepimpinan juga perlu mengambi langkah sama. Bila kepimpinan sudah berubah, jadi ahli dengan sendirinya akan mengikut.
"Jika teguran dibuat oleh ahli dan kepimpinan pula prihatin, kita tidak nampak macam ahli itu mahu menjatuhkan parti, sedangkan tujuannya untuk memperbaiki parti. Jadi keterbukaan itu kena menyeluruh, namun terpulang kepada ahli-ahli parti kerana ini masalah dalaman mereka dan orang lain hanya boleh melihat sahaja," katanya.
Sinar Harian
Mon Aug 20 2018
GAMBAR FAIL: Para perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. - BERNAMA
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.