BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) tidak akan mengikut sepenuhnya acuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk formula pemilihan calon untuk menghadapi PRN Johor, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Di Melaka muka baharu (calon) adalah 87 peratus dan berkelulusan tinggi lebih daripada 84 peratus manakala yang berumur 50 tahun ke bawah lebih 82 peratus tetapi acuan ini tidak akan digunakan di Johor kerana landskap politiknya berbeza," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemegang amanah dan waris lot tanah Hutan Melintang di Kompleks UMNO Bagan Datuk di Sungai Sumun di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, BN yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menampilkan calon boleh menang, disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor.
"Bagi calon daripada UMNO saya telah meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor (Datuk Hasni Mohammad) berunding dengan kesemua Ketua UMNO Bahagian untuk menentukan sebarang calon," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Kehadiran pengundi baharu ibarat 'game changers'
BACA: Tiada faktor untuk DUN Kedah dibubar, terserah kepada Pas - Zahid
Mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen BN, Ahmad Zahid berkata UMNO, MCA dan MIC mempunyai panduan mengenai perkara itu namun kerusi yang dahulunya ditandingi parti Gerakan (pada Pilihan Raya Umum ke-14) akan diambil alih semula sesama komponen BN.
PRN Johor diadakan apabila DUN dibubarkan selepas diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah baginda menerima menghadap Hasni di Istana Bukit Serene, Johor pada 22 Jan lepas.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan menguasai 28 DUN manakala Pakatan Harapan pula 27 kerusi daripada 56 DUN.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Mesyuarat Lot Tanah Bangunan UMNO Simpang Empat Hutan Melintang Bersama Pemegang Amanah dan Waris-Waris di Dewan Perdana Bangunan UMNO Sungai Sumun hari ini. - Foto BERNAMA
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.