LENGGONG: Barisan Nasional (BN) Perak menzahirkan keyakinan bahawa gabungan politik itu mampu menguasai kembali kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerusi itu sebelum ini adalah milik UMNO sebelum terlepas kepada Bersatu pada PRU14.
"Kita yakin boleh memenangi (kerusi) Parlimen Tambun kerana kita sudah buat kajian sendiri," katanya kepada pemberita pada program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Tampan di Dataran Tasik Raban di sini hari ini.
Kerusi Parlimen Tambun kini disandang oleh Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedang mempertimbang cadangan untuk bertanding di kerusi itu pada PRU15.
Diminta mengulas kenyataan Anwar itu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri dan Menteri Besar Perak berkata BN sedia berdepan dengan nama-nama besar dalam pakatan pembangkang yang berhasrat bertanding di negeri itu pada PRU15.
"Sesiapa yang bertanding di Perak, kita lawan, tidak ada masalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyantuni orang ramai pada Program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, Lenggong hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
PRU15: BN Perak minta SPR pantau iklan, papan iklan gergasi bahayakan penduduk
Aminuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun berkata pihaknya tidak melihat pemasangan iklan gergasi itu sebagai satu keperluan.
PRU15: Manifesto BN Perak tawar bantuan RM1,000 kepada penuntut IPT, 200,000 peluang kerja
BN Perak menyediakan pelbagai tawaran kepada orang muda, termasuk menyediakan 200,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.
PRU15: Manifesto BN Perak dilancar esok
Manifesto itu dirangka selepas mengambil kira semua faktor, khususnya berhubung dengan masa depan rakyat.
PRU15: BN Perak pertaruh veteran rampas DUN Sungai Manik, Tualang Sekah
BN Perak mempertaruhkan veteran UMNO untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Senarai calon BN di Perak bagi PRU15
Berikut senarai bakal calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada PRU15. P054 Gerik - Datuk Dr Asyr
PRU15: BN Perak umum calon, semua Exco BN kekal
Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Mastura gugur, Ustaz Kazim, Khairul Azwan diumum sebagai calon BN
Beberapa penyandang kerusi Parlimen di Perak tidak diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.
PRU15: BN Perak umum senarai calon selewatnya 2 November - Saarani
Senarai calon akhir akan diperoleh pada 1 November, kata Pengerusi BN Perak.
PRU15: BN Perak sasar 40 DUN, 15 Parlimen
Pada PRU lalu, BN memenangi 27 kerusi DUN dan 12 Parlimen, sebelum beberapa wakil rakyat melompat parti.
Persiapan banjir: BN Perak lancar briged sukarelawan
Ia bukti keprihatinan BN terhadap rakyat tidak mengira batas waktu.