KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 Sept depan.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan.
"Kita amat menghormati kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan dan kita tahu bahawa kerusi Parlimen Pulai adalah hak parti Amanah iaitu rakan politik dalam kerajaan dan mereka adalah penyandang.
"Kerusi DUN Simpang Jeram juga kepunyaan parti Amanah. Maka atas semangat Kerajaan MADANI, kita akan dukung kedua-dua kerusi itu ditandingi rakan-rakan parti Amanah," katanya kepada media selepas melancarkan program TVET JELITA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 Sept.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan pula ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 Sept.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023

Ahmad Zahid berkata keputusan itu dibuat atas semangat perkongsian politik dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Muhyiddin selesai beri keterangan selepas hampir tiga jam
Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi kenyataan berkaitan 'orang Melayu akan hilang kuasa' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada Khamis.

Muhyiddin beri kenyataan kedua pagi ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan polis akan ambil kenyataan Muhyiddin.

Muhyiddin sekali lagi akan dirakam keterangan - KPN
Polis sekali lagi akan mengambil kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen PRK Simpang Jeram.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu

PRK Simpang Jeram: Petugas SPR pengundi terakhir
Hambatan tugas memaksa Mohamad Faris Zaki, menjadi pengundi terakhir di Pusat Mengundi Sekolah Agama (SA) Tun Dr Islam, Bakri, sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Siapa lebih menonjol?
Enjin jentera parti yang dulunya kelihatan 'suam-suam kuku' mungkin kini sudah bertukar kepada 'gear 4' menuju hari pengundian, 9 September depan.

PRK Pulai: Masyarakat India harap tidak dipinggir, mahu sekolah Tamil baharu
Masyarakat India di Parlimen Pulai mengharapkan bakal pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub dapat meneruskan usaha Allahyarham menjaga dan memperkasakan kebajikan masyarakat India di kawasan itu.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Amanah namakan Suhaizan, Nazri sebagai calon
Senarai ini dimuktamadkan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Khamis lalu.

BN beri laluan Amanah tanding PRK Simpang Jeram, Pulai - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.