Blok pembangkang tidak sepatutnya menyalahkan pengundi kerana memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata menuduh pengundi Melayu telah menjual maruah kerana mengundi calon UMNO merupakan tuduhan tidak berasas sama sekali.
"Apa asas dakwaan jahat mereka kononnya ada pengundi telah disogok dengan wang dan kebendaan? Tuduhan itu amat berat, seolah-olah memberi gambaran pengundi Melayu terutama di Sungai Besar mudah dibeli.
"Blok pembangkang termasuk kumpulan anti perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima hakikat bahawa proses demokrasi memberikan hak pengundi menentukan pilihan mereka," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Tegasnya, pembangkang perlu bertindak secara realistik bahawa pengundi telah membuat pilihan atas rasa gerak hati mereka kerana yakin dengan kemampuan BN dan UMNO.
"Apakah mereka yang mengundi calon-calon pembangkang sebagai pengundi tidak bermaruah hanya disebabkan terpedaya dengan cerita pembohongan?
"Mereka lagi teruk kerana menyokong dan bersubahat dengan blok pembangkang yang hanya menjaja cerita fitnah dan janji-janji palsu," ujarnya.
Bagaimanapun, jelas Syed Ali, UMNO tidak membuat tuduhan sedemikian kerana menghormati hak dan kebebasan mereka menentukan pilihan biarpun tidak memihak kepada BN.
"Tuduhan berlaku rasuah semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekadar mainan persepsi yang tidak ada bukti untuk mensahihkan dakwaan tersebut.
"Semua orang boleh bercakap soal itu (rasuah), tetapi mana buktinya, jika ada kenapa tidak buat laporan kepada pihak berkuasa sepanjang kempen PRK.
"Tindakan melontarkan pelbagai tuduhan liar selepas keputusan PRK hanya niat jahat untuk mencemarkan imej UMNO," jelasnya.
Tegasnya, pembangkang hanya mencari jalan untuk merosakkan maruah Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.
Pada PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur.
Manakala di PRK Kuala Kangsar pula, Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bhukary.
Astro Awani
Tue Jun 21 2016
SYED ALI: Apa asas dakwaan jahat mereka kononnya ada pengundi telah disogok dengan wang dan kebendaan? -Gambar fail
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
Pukul ibu sedang solat, penganggur diarah buat pemeriksaan psikiatri
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Noraina dengan alat yang jika digunakan sebagai senjata boleh sebabkan kematian.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.