KUALA LUMPUR:Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan kekesalan dengan usul percaya dikemukakan Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan pada Isnin malam berkata, ini kerana walaupun usul itu dikemukakan UMNO, ia tidak mendapat sokongan ADUN parti itu sendiri.

"MPT menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan UMNO tetapi tidak disokong UMNO dan Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan itu.

BACA: Mesyuarat MKT UMNO putuskan untuk pertahan kerajaan PN di Perak

BACA: 
Mesyuarat MKT UMNO setuju Saarani calon MB Perak

BACA: Saarani, ahli MKT UMNO mula hadir mesyuarat   

Hamzah berkata, MPT mengambil ketetapan Bersatu akan terus menjalinkan kerjasama bersama PAS menerusi Perikatan Nasional (PN).

Katanya, tindakan itu sebagai usaha bagi memastikan kestabilan politik di peringkat dan negeri.

Menurutnya lagi, sebarang keputusan berhubung situasi politik di Perak akan mengambil kira ketetapan bersama rakan parti menerusi PN khususnya PAS yang terlibat secara langsung.

Terdahulu, mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut membincangkan hala tuju parti berkenaan berdasarkan situasi politik semasa.