KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar kerajaan berhenti melakukan apa yang disifatkan sebagai pemburuan politik yang tidak berkesudahan ke atas pimpinannya.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa pimpinan parti itu tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang.
Hamzah juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai sebab munasabah untuk memohon penahanan Bendahari Agung parti itu, Datuk Salleh Bajuri atas alasan siasatan kerana kerjasama sepenuhnya sentiasa diberikan.
"Bersatu berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Datuk Salleh Bajuri adalah sebahagian daripada tekanan yang diberikan kepada pegawai dan pemimpin Bersatu untuk mencari kesalahan yang tidak wujud.
"Begitu juga tindakan menjalankan siasatan ke atas vendor-vendor Bersatu adalah sebahagian daripada pemburuan politik kerajaan PH-BN yang masih berterusan.
"Penyata kewangan Bersatu telah diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam Persidangan Agung Tahunan. Tidak ada apa-apa perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut, yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Hamzah, Salleh merupakan seorang yang amanah dan berintegriti telah memastikan semua perolehan yang dibuat oleh Bersatu telah melalui proses dan tatacara kewangan parti.
Pada Khamis, SPRM telah menahan reman Salleh selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.
Bendahari Agung Bersatu itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
Ini merupakan penahanan ketiga membabitkan pemimpin parti itu selepas bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, masing-masing dituduh kes rasuah di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.
Wan Saiful bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah RM6.9 juta bagi projek berhubung inisiatif itu, manakala Adam Radlan turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan projek sama.
Pada Januari lalu SPRM membekukan beberapa akaun milik Bersatu susulan siasatan kes itu.
Astro Awani
Sat Mar 04 2023

Hamzah juga mendakwa SPRM tidak mempunyai sebab munasabah untuk memohon penahanan Bendahari Agung parti itu, Datuk Salleh Bajuri atas alasan siasatan kerana kerjasama sepenuhnya sentiasa diberikan. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.