UMNO perlu terus maju selain semangat ahlinya tidak boleh luntur kerana bahtera parti itu lebih besar daripada mana-mana individu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat berkata, UMNO akan terus maju ke hadapan walaupun kini mungkin pemimpin pemimpin parti yang akan menghadapi masalah dan dihadapkan ke mahkamah.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berjiwa besar. Doa kita agar beliau dapat ketenangan dalam menyelesaikan masalah peribadinya.
"Kini, bantulah Mohamad Hasan untuk menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. Jika ada di kalangan kepimpinan kanan yang dilantik yang tidak boleh kerjasama dengannya, maka kita nasihatkan supaya mereka juga turut mengundurkan diri.
"Kelangsungan UMNO adalah matlamat utama kita. Bersatulah kita menjadi pembangkang yang terbaik dan dengan berkat keikhlasan kita menjalankan tugas tanpa mengambil jalan pintas melalui pintu belakang, Insha Allah, kita akan kembali berkuasa melalui pintu depan," jelasnya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: Ahmad Zahid 'serah tugas' kepada Mohamad Hasan
BACA: Hentikan polemik kepimpinan selepas Zahid serah tugas - Asyraf Wajdi
Ahmad Zahid hari ini memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO.
Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "UMNO bangkit'.
Dalam pada itu tegas Tengku Putra, alasan untuk menguatkan kuasa Melayu boleh berlaku tanpa melompat jika UMNO termasuk pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan kini dapat bersatu.
Jelasnya, ia seharuanya melihatkan isu mempertahankan apa- apa fasal yang melibatkan agama Islam dan Bangsa Melayu serta melibatkan kedua-dua parti (bipartisan).
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Ampang, Zulkifli Rajalie berkata, tindakan Ahmad Zahid adalah langkah yang tepat dan wajar.
"Paling penting, Tindakan ini adalah satu signal yang besar bahawa kepimpinan UMNO berani bertindak untuk keutamaan parti dan memperkasakan akar umbi.
"Akar umbi berharap langkah itu boleh menyatukan kepimpinan UMNO dan menterjemahkan hala tuju UMNO yang baru untuk tahun akan datang," jelasnya.
Astro Awani
Tue Dec 18 2018
TENGKU PUTRA: Doa kita agar Ahmad Zahid dapat ketenangan dalam menyelesaikan masalah peribadinya. - Gambar fail
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Pang Sock Tao angkat sumpah ADUN Kuala Kubu Baharu
Pang, 31, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Sultan Pahang ingatkan ADUN berbahas secara rasional, dahulukan kepentingan rakyat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepe
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.