Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubar sekiranya isu pentadbiran negeri itu gagal diselesaikan.
Beliau juga menggesa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya memilih di antara PAS atau DAP sebagai rakan dalam pentadbirannya itu.
“Mahu tidak mahu YB Menteri Besar Selangor harus membuat pendirian sama ada memilih salah satu daripada parti (PAS atau DAP) untuk menjadi rakan dalam pentadbiran negeri Selangor,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika ditemui pemberita di Parlimen, pada Khamis.
Katanya, tidak mungkin Selangor akan membentuk kerajaan campuran tiga parti kerana itu bermakna PAS dan DAP kembali bekerjasama.
Ujar beliau, sekiranya PKR sudah membuat pilihan, maka salah satu parti, iaitu PAS atau DAP, harus berundur secara terhormat.
“Yang berundur bukan bermakna dia tidak menyokong kerajaan; dia boleh menjadi parti mesra kerajaan,” kata Mahfuz.
Sementara itu, mengulas lanjut tentang pembubaran DUN Selangor, Mahfuz berkata sama ada wajar atau tidak, itu terpulang kepada pendirian Azmin.
Bagaimanapun, katanya, permasalahan daripada segi pentadbiran ini akan menyebabkan DUN Selangor tergugat, dan pembubaran merupakan satu penyelesaian kepada kemelut ini.
Namun begitu, jelas beliau, ia hanyalah jalan terakhir sekiranya cadangan supaya Azmin membuat pilihan itu tidak diendahkan.
“Kalau macam tu, bubar sajalah. Serahkan mandat kepada rakyat. Tapi saya sayangkan kerajaan ini kerana ia dibina atas mandat yang begitu besar,” katanya.
Ditanya bagaimana jika PAS bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), kata Mahfuz jika itu yang berlaku, maka ia akan menjadikan situasi yang lebih buruk kepada PAS.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi, di mana 15 daripadanya disandang oleh DAP, 15 PAS, 13 PKR, 12 BN dan satu Bebas.
Haider Yutim
Thu Jun 18 2015
Menurut Mahfuz, pembubaran DUN Selangor merupakan jalan terakhir sekiranya isu pentadbiran negeri itu masih tidak diselesaikan.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
AWANI Ringkas: Tiga 'runner' ditahan, 154kg dadah dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi
Bursa Malaysia menutup dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.
Tiga individu Geng Tongkol didakwa ceroboh, pecah masuk kawasan empat sekolah
Tiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah, bulan lepas.
#AWANIRingkas 13 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 September 2024
1️⃣ Hujan lebat di utara semenanjung boleh cetus risiko
2️⃣ Tiga 'runner' ditahan, 154kg dadah dirampas
3️⃣ Bawa masuk warga asing, 37 pegawai penguat kuasa ditahan SPRM
#awaniringkas
1️⃣ Hujan lebat di utara semenanjung boleh cetus risiko
2️⃣ Tiga 'runner' ditahan, 154kg dadah dirampas
3️⃣ Bawa masuk warga asing, 37 pegawai penguat kuasa ditahan SPRM
#awaniringkas
Menyanyi bersama Oga & Friends
Dihasilkan oleh studio yang turut menerbitkan Didi & Friends, siri ini membawa penonton menelusuri pengembaraan Oga, si kucing batu yang mencari tempat tinggal baharu.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Agong tunai Solat Jumaat, dengar khutbah khas
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
PRK Mahkota: Isu sijil halal tidak jejas kerjasama UMNO, DAP - Kor Ming
Pergeseran berkaitan isu pensijilan halal tidak sesekali menggugat persefahaman antara UMNO dan DAP, yang kini bersama dalam Kerajaan Perpaduan.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.