Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat hanya berdiam diri berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Darell Leiking yang didakwa menghina institusi Raja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata telah meminta penjelasan daripada Mohamed Azmin, namun menurutnya beliau memilih untuk 'bersikap hipokrit.'
Budiman pada masa sama menyatakan rasa kesal apabila usul berkaitan isu yang dikemukakan beliau kepada Dewan Undangan Negeri Selangor ditolak Speaker, Hannah Yeoh Tseow Suan.
"Sebagai langkah awal, saya telah menyuarakan cabaran kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang sama parti dengannya.
"Lanjutan daripada itu, pada 1 Ogos 2016, saya telah mengemukakan usul tergempar berkaitan perkara tersebut kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk dibahaskan.
"Namun cadangan terhadap usul ini telah ditolak atas alasan isu ini sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan laporan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya pada sidang media di pekarangan DUN Selangor, di sini, hari ini.
Jelas beliau, usul itu dikemukakan lantaran rakyat mulai muak serta jijik terhadap sikap serta amalan politik yang menyentuh sensitiviti agama.
"Usul ini dikemukakan ke Dewan Yang Mulia adalah kerana rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang bertujuan meraih perhatian dan populariti politik oleh parti PKR.
"Saya yakin sekiranya cadangan untuk dibahaskan usul ini diterima, maka Dewan Yang Mulia ini dapatlah mengambil pandangan dan input daripada Yang Berhormat Kerajaan mahupun pembangkang, dan segala pandangan serta input ini bolehlah dijadikan sebagai garis panduan supaya keceluparan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang.
"Menyedari hakikat bahawa rakyat dan Raja berpisah tiada, dan rakyat bernaung di bawah payung pemerintahan Baginda, maka kita tidak mahu lagi kenyataan yang berkecenderungan menghina institusi Raja ini dijadikan satu norma dan kebiasaan kepada mereka," ujar beliau.
Pada 7 Julai lalu, Darell Leiking telah memuat naik status di akaun Facebook beliau, yang mempertikai khutbah dikeluarkan JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang menyentuh usaha mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.
Darell Leiking kemudian membuat kenyataan 'kelihatan Selangor ditadbir oleh ekstrimis Islam' (It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor).
Dalam perkembangan lain, cubaan untuk mendapatkan komen Mohamed Azmin gagal apabila beliau meninggalkan lokasi sejurus selepas DUN Selangor pagi tadi.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 02 2016
![Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464358533_BudimanMohdZohdi.jpg)
BUDIMAN: Sehingga kini beliau (Mohamed Azmin) masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang sama parti dengannya. -Gambar fail
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571877728_TBMohdImran.jpg)
ADUN Bersatu lantang bersuara bukti PH lemah - ADUN Sungai Panjang
Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kenyataan Mohd Shaid itu membuktikan PH tidak sehaluan dalam banyak perkara.
![Pemuda UMNO disaran timbang semula gesaan presiden bercuti Pemuda UMNO disaran timbang semula gesaan presiden bercuti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540187228_ZahidDakwa.jpg)
Pemuda UMNO disaran timbang semula gesaan presiden bercuti
Pemuda UMNO diharap mempertimbangkan semula gesaannya agar presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kesnya di mahkamah selesai.
![Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/61464358533_BudimanMohdZohdi.jpg)
Azmin pilih berdiam diri, bersikap hipokrit dalam isu hina institusi Raja - Budiman
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata telah meminta penjelasan daripada Mohamed Azmin, namun menurutnya beliau memilih untuk 'bersikap hipokrit.'
![ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan calon BN PRK Sungai Besar ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan calon BN PRK Sungai Besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81464365202_BudimanMohdZohdi.jpg)
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dinamakan calon BN PRK Sungai Besar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.