SHAH ALAM:Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) Selangor, hari ini mengumumkan struktur organisasinya yang dibentuk bagi menjana kekuatan baharu, demi memperkukuhkan keyakinan rakyat.
Pengerusi BPN PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, gabungan itu komited dalam menggembleng kekuatan setiap parti komponennya bagi mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya, di negeri berkenaan.
"Saya telah bertemu dengan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi pada 5 Feb lepas, bagi membincangkan mengenai pembentukan BPN PN Selangor.
"Perbincangan berlangsung dengan penuh semangat musyawarah dan memberi fokus kepada pembentukan struktur organisasi yang strategik, wibawa serta dinamik," katanya.
Jelas Mohamed Azmin, landskap politik Selangor serta cabaran semasa, menuntut PN menampilkan politik progresif dan berpencerahan dengan fokus memperkukuh perpaduan, prihatin kebajikan, menjana pembangunan, serta pertumbuhan ekonomi mampan.
Katanya pengalaman bekerja dengan Bersatu dan PAS dalam Kerajaan Selangor, juga pasti akan memperkukuh kekuatan dasar serta pelaksanaan gerak kerja demi masa depan negeri berkenaan, yang lebih gemilang.
"Kita akan terus memperkukuh dan memberdaya kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi, untuk menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhannya," katanya.
Berikut adalah struktur organisasi BPN PN Selangor:
Pengerusi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
Naib Pengerusi: Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)
Naib Pengerusi: Datuk Abdul Rashid Asari (Bersatu)
Setiausaha: Muhammad Hilman Idham (Bersatu)
Penolong Setiausaha: Mohamed Senu Saad (PAS)
Bendahari: Mohd Hasnizan Harun (PAS)
Penolong Bendahari: Wan Dzahanurin Ahmad (Bersatu)
Ketua Penerangan: Shukor Mustafa (Bersatu)
Penolong Ketua Penerangan: Damanhuri Dol (PAS)
Ketua Pemuda: Hanafi Zulkapli (PAS)
Naib Ketua Pemuda: Asyraf Halim (Bersatu)
Ketua Wanita: Dr Daroyah Alwi (Bersatu)
Naib Ketua Wanita: Noraini Hussin (PAS)
Pengarah Pilihan Raya: Datuk Zuraida Kamarudin (Bersatu)
Ahli Jawatankuasa Negeri :
1. Muslimin Yahaya (Bersatu)
2. Mohd Shafie Ngah (PAS)
3. Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (Bersatu)
4. Noor Najhan Mohamad Salleh (PAS)
5. Mohd Rusnizan Ahmad (Bersatu)
6. Dr Mohd Fuad Mohd Salleh (PAS)
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021
Jelas Mohamed Azmin, landskap politik Selangor serta cabaran semasa, menuntut PN menampilkan politik progresif dan berpencerahan. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
PN beri maklum balas positif beberapa inisiatif Belanjawan 2025
PN memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.
PBT di Kedah, Kelantan, Perlis belum tubuh unit integriti - Nga
Semua PBT di tiga negeri di bawah pemerintahan PN iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan didapati belum menubuhkan unit integriti.
SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Mohamad Hanifah dilantik ketua pembangkang PN Negeri Sembilan baharu
Pelantikan itu selaras dengan jawatan Mohamad Hanifah sebagai pengerusi PN negeri.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.