Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Datuk Asmuni Awi kekal sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi penggal 2019 hingga 2022 dalam pemilihan pada Konvensyen Amanah Perak yang berlangsung di sini semalam.
ADUN Sungai Rapat Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin juga kekal sebagai timbalan pengerusi parti berkenaan.
Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Nasional, Dr Zulqarnain Lukman.
Selain itu, bagi jawatan Naib Pengerusi Amanah 1 dan Naib Pengerusi Amanah 2 masing-masing kekal disandang oleh Dr Muhaimin Sulam dan Dr Fakhruldin Mohd Hashim.
Pemilihan kali ini juga turut menampilkan empat muka baharu yang tersenarai dalam Jawatankuasa Pimpinan Amanah Perak iaitu Ketua Kawasan Larut, Mohd Nazri Din; Timbalan Ketua Kawasan Larut, Razali Ismail; Ketua Kawasan Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Ipoh Timor, Halilah Hamidun.
Seramai 186 perwakilan daripada 22 kawasan Amanah hadir ke konvensyen berkenaan di mana proses pengundian bermula kira-kira pukul 3 petang dan berakhir lewat tengah malam tadi.
Konvensyen itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Seramai 45 orang calon bertanding bagi mengisi 17 jawatan yang dipertandingkan dalam Jawatankuasa Kepimpinan Amanah Perak.
Proses pemilihan bagi 17 jawatan berkenaan antaranya Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda berjalan dengan lancar dan aman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019

Asmuni (kiri) dan Nizar kekal terajui Amanah Perak. -Astro AWANI

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
Tumpuan Selasa – 25 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Penyanyi bertaraf legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN
PH mempunyai 24 kerusi, sementara BN yang memiliki sembilan kerusi membolehkan kerajaan negeri Perak dibentuk.

PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman
Kempen-kempen berbaur fitnah wajar dihentikan dan agama Islam turut melarangnya kerana kesan kepada masyarakat cukup besar.

PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu
Asmuni Awi berkata seramai 12 calon baharu diletakkan di DUN manakala tiga calon baharu ditempatkan di Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit.

PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi
Semua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi keputusan itu (pembahagian kerusi) masih di peringkat perbincangan, kata Asmuni.

Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang
Asmuni memaklumkan kehadirannya ke Pejabat SPRM Perak di sini pada 15 April lalu bertujuan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni
Keputusan untuk memilih calon bertanding dalam PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, bukannya individu.

PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.