APPLE AirTag adalah antara produk Apple yang paling kecil dan satu-satunya bateri boleh ditukar sendiri oleh pengguna.


Ringkasan AI
  • Apple AirTag adalah produk kecil dengan bateri boleh ditukar sendiri oleh pengguna. AirTag generasi kedua akan dilancarkan tidak lama lagi.
  • AirTag sedia ada telah dikemas kini dengan perkongsian carian lokasi dan label amaran keselamatan untuk kanak-kanak, hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC).
  • Pembungkusan AirTag kini memaparkan label amaran keselamatan, dan aplikasi Find My juga memberikan amaran tambahan ketika pengguna menukar bateri.


Akan datang, AirTag generasi kedua akan dilancarkan.

Sementara menunggu versi baharu, AirTag sedia ada telah dikemas kini dengan perkongsian carian lokasi dan terbaharu, label amaran keselamatan untuk kanak-kanak.

Dengan kerjasama bersama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC), produk Apple dengan bateri jenis sel butang atau syiling perlu mempunyai label yang ia bahaya untuk ditelan kanak-kanak.

Untuk itu, pembungkusan AirTag kini memaparkan label-label amaran keselamatan yang sepatutnya.

Bukan itu sahaja, dari dalam aplikasi Find My juga, ketika pengguna menukar bateri akan ada amaran tambahan di skrin.

Cukup menarik untuk melihat Apple menuntut perintah kerajaan dan tukar terus pembungkusan AirTag walaupun versi generasi kedua dijangka tiba tahun ini. -Amanz